Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Showing posts with label Buat Habis Baik. Show all posts
Showing posts with label Buat Habis Baik. Show all posts

Monday, January 14, 2013

TOKOH MURID SKTDJ 2012



MOHD AIDIL BIN ROSLI
(ANUGERAH TOKOH KOKORIKULUM 2012)
-wakil sek Bola Sepak
-wakil rumah dan sumbang pingat acara 4x100m,4x200m,100m
-aktif taekwando-tali pinggang hitam
-aktif pengakap sejak darjah 4
pencapaian pengakap 2012
-menyertai pasukan kawad kaki pengakap (daerah)
-sertai Kem Mowgli (daerah)
-peserta terbaek kem integrasi unit uniform (negeri)
-ketua kontingen johor kem integrasi kebangsaan (kebangsaan)
-sertai himpunan pengakap belia Nusajaya (daerah)
-sertai jambori Belia 1 Malaysia(Kebangsaaan)
-peserta terbaik KOROBORI JB (daerah)
-penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri
-Ketua Pengakap 129JB
-Ketua Pengawas SKTDJ
-5A percubaan UPSR 2012


SHAIDATUL HUSNA BINTI RAIS
(ANUGERAH TOKOH KURIKULUM PEREMPUAN 2012)
- cemerlang dan menguasai semua mata pelajaran
- kerap mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan
- penerima Anugerah NILAM 2012
- mendapat 5A dalam setiap ujian dan peperiksaan
- bercita-cita menjadi guru


MOHD FARISH BIN SHAM
(ANUGERAH TOKOH KURIKULUM LELAKI 2012)
- cemerlang dan menguasai semua mata pelajaran
- kerap mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan
- mendapat 5A dalam setiap ujian dan peperiksaan
- bercita-cita menjadi angkawasawan
 


Thursday, November 1, 2012

KOROBORI DAERAH JOHOR BAHRU (19-21 OKTOBER 2012)


Perhimpunan Pengakap Kanak2 Daerah JB (Korobori) telah terlaksana dengan jayanya melibatkan 236 pengakap kanak-kanak dari 21 sekolah daerah JB, Pasir Gudang dan Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Korobori antaranya aktiviti memanah, kemahiran memanjat, malam kebudayaan, kawad kaki, pertolongan cemas, ikatan dan rentas halangan.


Terima kasih diucapkan diatas kerjasama dan sokongan yg diberikan oleh para pemimpin, guru pengiringm jawatankuasa, urusetia, kelana ScoutsJb, Kelana Mahasiswa UTM, team radioamatur, ibubapa dan sukarelawan yg menjayakan korobori ini.


Semoga para peserta Korobori telah mendapat manfaat yg sewajarnya sepanjang KOROBORI dan tidak serik untuk berpengakap lg. 


Sekali Berpengakap Selamanya Pengakap -klik-> link lebih banyak gambar






Sunday, September 2, 2012

PROGRAM AMAL KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN

Alhamdulilah..Program Amal Di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan telah terlaksana dengan jayanya pada 14 Julai 2012 dengan penglibatan 34 ahli pengakap dan 22 puteri Islam bersama pemimpin pengiring.

Aktiviti ini telah mencapai matlamat dan diharap semua peserta mengambil iktibar dan pengajaran yang sewajarnya..kasihanilah ibubapa kita sebagaimana mereka mengasihi kita sewaktu kecil.

Tuesday, July 10, 2012

SCOUTSJB-SKTDJ PRIHATIN-LAWATAN AMAL KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN


PROGRAM ANJURAN BERSAMA
PASUKAN PENGAKAP DAN PUTERI ISLAM
SK TAMAN DAMAI JAYA

14 JULAI 2012

Tuesday, April 24, 2012

LAWATAN DAN PELAYARAN SCOUTSJB-SKTDJ


Pada 18 April 2012, Pasukan Pengakap SKTDJ telah mengadakan program Lawatan dan Pelayaran dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan. Aktivti ini telah disertai oleh 50 pengakap bersama 5 guru pemimpin.

Peserta lawatan dan pelayaran telah berpeluang mengetahui tentang cabaran tugas di maritim. Di samping itu, pkk juga telah diberi peluang belayar menaiki kapal SHAULA 1 dari pelabuhan PTP ke Tanjung Piai, Pontian yang mengambil masa 2 jam perjalanan belayar dan melihat kecanggihan kapal MV PEMANCAR.


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

Perkhemahan unit beruniform sekolah rendah peringkat negeri Johor anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah diadakan pada 3-6 April 2012 bertempat di Kem Damai Alam, Muar. 

Seramai 143 peserta dari pelbagai unit beruniform seperti KRS, Puteri Islam, Pandu Puteri, PBSM dan Pengakap yang hadir dari setiap daerah. 3 orang ahli pengakap SK Taman Damai Jaya telah terpilih untuk menyertai perkhemahan ini iaitu Aidil Bin Rosli (6 Aman) Haress A/l Sivakumar (6 Aman) Aqid Syafaat bin Amran (6 Aman) 

Sukacita dimaklumkan Aidil Bin Rosli telah terpilih sebagai peserta lelaki terbaikpada perkhemahan tersebut..Tahniah! Tahniah! Tahniah!

 Aqid, Aidil dan Haress bersama Tn Jamal (Pen Peseruhjaya daerah Muar)

Aidil mengiringi VIP untuk pemeriksaan barisan

Saturday, January 9, 2010

Test...Pemulaan Untuk Buat Habis Baik

Pada hari ini, 9 Januari 2010 bermulalah blog Pengakap Kump 129 JB SK Taman Damai Jaya, Johor Bahru (SKTDJ) diaktifkan sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga semua pemimpin dan ahli PKK SKTDJ mendapat manfaat yang sewajarnya dari kewujudan blog ini.