CALENDAR AKTIVITI SCOUTSJB-SKTDJ
Lagu Semangat Scouts-SKTDJ
Saturday, October 30, 2010
ScoutsJB-X – Extreme Camporee
Dengan sukacitanya, ScoutsJB akan menganjurkan satu perkhemahan berkonsepkan pertandingan lasak. Ini ialah tahun kedua perkhemahan ini dijalankan. Kali ini ScoutsJB-X akan berlangsung bertempat di Taman Pertanian Kong-Kong Laut.
Tarikh : 12-14 November 2010
Tempat : Pusat Pertanian Kong-Kong Laut
Sasaran Penyertaan : Pengakap Kanak-Kanak, Muda, Remaja
(Tahun 4 – 6 & Tingkatan 1 – 5)
Bayaran Penyertaan : RM 50.00
(Kit Camporee, Sjil, Penginapan dan Pengurusan & Makanan)
ScoutsJB-X merupakan sebuah program yang berkonspekan Mini-Jamboree. Semasa ScoutsJB-X dijalankan terdapat 4 jenis pertandingan akan dipertandingkan seperti :
i. Xtreme (ScoutsJB Paintball)
ii. Xcape (ScoutsJB Got Talent)
iii. Xpose (ScoutsJB City Hiking)
iv. Xtra Ordinary (ScoutsJB Mega Pioneering Project)
Selain daripada itu, terdapat aktiviti-aktiviti senggang yang turut dijalankan bagi membolehkan para peserta menimba pengalaman & mengasah kemahiran berpengakap semasa program ini dijalankan. Sebarang pertanyaan bolehlah rujuk kepada En. Mohd Hafiz Ariffin @ 013-7947030 atau En. Tajularif Ibrahim @ 013-6168137.
Kepada ahli Pengakap SKTDJ yang berminat boleh mendapat maklumat dari En Rithauddin Alias.
Sunday, October 24, 2010
KURSUS MANIK KAYU 3(2)
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor
Peserta: 33 Pemimpin
Dua pemimpin pengakap SK Taman Damai Jaya iaitu En Mohd Rithauddin Alias dan En Mohd Salleh Bin Amat Misra telah mengikuti Kursus Manik Kayu peringkat 3.2 yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin yang layak dari seluruh negeri Johor
Semoga dengan pertauliahan manik kayu ini akan menyemarakkan lagi pergerakan pengakap di SK Taman Damai Jaya
Tuesday, October 12, 2010
PERLAKSANAAN PEK BERCUTI: PERKHEMAHAN RAMBU DAN KERIS 2010
Wajah ceria peserta Kem Rambu dan Keris 2010
Penerima anugerah rambu biru bersama pemimpin
112 peserta PKK
Penerima anugerah rambu biru bersama pemimpin
112 peserta PKK
Tahniah diucapkan kepada semua peserta,guru pemimpin, jurulatih, pembimbing dan urusetia pelaksana Program Pek Bercuti-Kem Rambu dan Keris 2010 pada 8-10 Oktober 2010.Perkhemahan telah berjalan dengan amat lancar dengan penyertaan seramai 112 peserta PKK yang dianjurkan oleh Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya dengan kerjasama ScoutsJB dan mengabungkan 3 buah sekolah iaitu SK Taman Damai Jaya, SK Taman Tun Aminah 1 dan SK Pengkalan Rinting. Turut hadir memeriahkan perkhemahan ini ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru En Ahmad Khairi yg turut sudi menganugerahkan lencana tertinggi iaitu rambu biru kepada 13 peserta yang layak..
Pengakap Wadah Kecermelangan Negara
gambar di http://www.facebook.com/scoutsjb-sktdj
SIJIL PENYERTAAN
Subscribe to:
Posts (Atom)