Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Tuesday, July 10, 2012

SCOUTSJB-SKTDJ PRIHATIN-LAWATAN AMAL KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN


PROGRAM ANJURAN BERSAMA
PASUKAN PENGAKAP DAN PUTERI ISLAM
SK TAMAN DAMAI JAYA

14 JULAI 2012

Sunday, July 1, 2012

KEM PAMERAN DAN JUALAN PENGAKAP


Sempana Hari Terbuka SKTDJ 2012 pada 30 Jun 2012 (Sabtu). Pasukan Pengakap telah mengambil kesempatan mengadakan Kem Pameran dan Jualan Pengakap.

Kem Pameran dan jualan ini telah berjaya memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli pengakap yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan kelak. Disamping itu pameran yang dibuat diharap dapat menarik minat semua murid untuk menyertai pengakap disamping menyampai maklumat aktiviti kepada ibubapa.





MAJLIS PERPISAHAN GPK KOKURIKULUM


Majlis Perpisahan GPK Kokurikulum Pn Hayati Bte Azhar Othman yg juga merupakan Naib Pengerusi jawatankuasa Pengakap 129Jb SK Taman Damai Jaya telah diadakan pada hari Jumaat 15 Jun 2012 dengan suasana yang meriah. Beliau telah dinaikkan pengkat sbg GPK HEM di SK Tmn Universiti 1.

Sepanjang tempoh 4 tahun perkhidmatan beliau sebagai GPK Kokorikulum SKTDJ, beliau telah memberi idea, nasihat dan sokongan yang sepenuhnya dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pasukan pengakap.

Orang berbudi
Kita berbahasa..

Pengakap bersemangat meraikan Majlis Perpisahan GPK Koko Pn Hayati Bte Azhar Othman.

Pemimpin pengakap bergambar kenangan dengan Pn Hayati
Pengakap yang menceriakan suasana majlis

::Cenderamata dari Pengakap untuk GPK Kokorikulum::
koleksi skaf Korobori Pengakap di SKTDJ 
Baju Koperat Pengakap

PERSEMBAHAN KHAS PENGAKAP BUAT PN  HAYATI