Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Wednesday, July 13, 2011

Persembahan ScoutsJB-SKTDJ di Majlis Sanjungan Budi Pn Teoh




Pada 12 Julai 2011. Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya telah mengadakan persembahan di Majlis Sanjungan Budi bersempena persaraan Pn Teo Eng Hoa yg telah berhidmat semala 32 tahun sebagai seorang guru

Aksi persembahan ScoutsJB SKTDJ yg melakonkan aksi kenangan bersama Pn Teoh telah membuat airmata Pn Teoh berlinangan di sebalik imbauan kenangan bersama pelajar dan juga menguntum senyuman apabila melihat gaya persembahan yg melucukan ketika ahli pengakap menyanyikan lagu 'Bertemu dan berpisahan" mengikut versi rock...

Semoga Pn Teoh terus maju jaya dan di beri kesihatan yang berterusan..senyum selalu!