Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Wednesday, December 1, 2010

Day Trip for 3rd Asian Jamboree (Singapore 100Years of Scouting)


3rd Asian Jamboree Singapura akan diadakan pada 5hb-9th December 2010 (5 hari) di Sarimbun Camp Singapura.

Antara negara yang terlibat dalam 3rd Asian Jamboree ini ialah Australia, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, India, Thailand, Uganda, Cambodia dan Singapura

Dua pemimpin SCOUTSJB-SKTDJ iaitu En Mohd Rithauddin Alias dan En Mohd Syukri bin Mohammad akan menyertai lawatan sehari pada hari pembukaan iaitu 5hb bersama pasukan Scoutsjb.net


Tentatif lawatan sehari adalah seperti berikut:
Bertolak dari Terminal Larkin 7 pagi
Pembukaan Ceremony dan aktiviti Jomboree’s camp : 9pg sehingga 4ptg
Lawatan tempat menarik sekitar Singapura hingga jam 7 mlm
Pulang ke JB jam 11:00mlm

maklumat lanjut kunjungi scoutsjb.net

INFO RASMI MAJLIS PESURUHJAYA PPMDJB

Salah seorang Pemimpin pasukan pengakap SK Taman Damai Jaya iaitu En Mohd Rithauddin Alias telah dilantik sebagai Pen Pesuruhjaya Daerah JB bg unit Pembangunan Program Pengakap Kanak-Kanak. Semoga dengan pelantikan ini dapat membantu meningkatkan dan memajukan pergerakan pengakap SKTDJ agar lebih agresif dan memberi manfaat kepada semua pelajar yang menyertai pasukan pengakap SKTDJ.

Berikut adalah senarai rasmi Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru Seisi 2010/2011 berkuatkuasa 31hb Oktober 2010 hingga 31hb Disember 2011.

Bil Nama Status Portfolio Telefon ScoutsJB Email
1 Mohd Azlan Bin Ab. Jalil -Aktif -ASC Perhubungan Johor (MD)
2 Mohd Khairi Bin Jailani -Aktif -DC Johor Bahru (CEO)/Financial
3 Hazni Binti Abdul Ghani -Aktif -ADC TTK (Kewangan)
4 Jayakanthan M. Lachmanan -Aktif -ADC Pengurusan (Dir)
5 Siti Aisah Binti Sawin -Aktif -ADC TTK (Pengurusan S/U)
6 Sharizuan Bin Norizan -Aktif -ADC TTK (Pengurusan)
7 Chin Siew Fah -Aktif -ADC TTK (Pengurusan)
8 Mohd Fizam Bin Abu Bakar -Aktif -ADC TTK (Pengurusan)
9 Ernee Parizan Bin Ramlee -Aktif -ADC TTK (Pengurusan)
10 Mohd Sani Bin Md Hassan -Aktif -ADC Zon JB (Dir)
11 Azmi Bin Yusof -Aktif -ADC Zon PG (Dir)
12 Zalini Bin Johari -Aktif -ADC Sumber Dewasa (Dir)
13 Afzainizam Bin Ahmad -Aktif -ADC Latihan (Dir)
14 Norhyreen Binti Ismail -Aktif -ADC TTK (Latihan)
15 Raja Masita Binti Raja Samri -Aktif -ADC TTK (Latihan)
16 Masdiana Binti Othman -Aktif -ADC TTK (Latihan)
17 Rosila Binti Amat Temin -Aktif -ADC TTK (Latihan)
18 Zuwairi Bin Abd Aziz -Aktif -ADC TTK (Latihan)
19 Faisal Bin Nasharudin- Aktif -ADC TTK (Latihan)
20 Mohd Hafiz Bin Ariffin -Aktif -ADC Program (Mktg)
21 John Lim Hong Chee -Aktif -ADC TTK (Mktg)
22 Muhamad Syafiq Bin Warrmal -Aktif -ADC TTK (Mktg)
23 Hasif Bin Zainal- Aktif -ADC TTK (Mktg)
24 Shafi Bin Manan -Aktif -ADC TTK (Mktg)
25 Mohd Fitri Zammi -Aktif -ADC TTK (Mktg)
26 Ahmad Fahmi b Sanusi- Aktif -ADC TTK (Mktg)
27 Azliza Binti A. Allah @ Abdullah- Aktif -ADC TTK (Mktg)
28 Tajularif Bin Ibrahim -Aktif -ADC Program (Dir)
29 Salwana Binti Samat -Aktif -ADC TTK (Program S/U)
30 Mohd Hisham Bin A. Rahim -Aktif -ADC TTK (Program)
31 Mohamad Akmal Bin Ali -Aktif- ADC TTK (Program)
32 Mohd Zahril Bin Salleh -Aktif -ADC TTK (Program)
33 Mohd Afkhal Bin Azman -Aktif -ADC TTK (Program)
34 Mohd Khalid Bin Jailani -Aktif -ADC TTK (Program)
35 Abdul Hadi Bin Abdul Salam Aktif ADC TTK (Program)
36 Masri Ee bin Hashim Aktif ADC TTK (Program)
37 Mohd Faiz Mohd Nandari Aktif ADC TTK (Program)
38 Mohd Zulfadhli Hadri Aktif ADC TTK (Program)
39 Mohd. Rithauddin Alias Aktif ADC TTK (Program)

Dengan keputusan mesyuarat Majlis Pesuruhjaya PPMDJB bertarikh 31hb Oktober 2010.

Jayakanthan M. Lachmanan
ADC Pengurusan – ScoutsJB

Saturday, October 30, 2010

ScoutsJB-X – Extreme Camporee


Dengan sukacitanya, ScoutsJB akan menganjurkan satu perkhemahan berkonsepkan pertandingan lasak. Ini ialah tahun kedua perkhemahan ini dijalankan. Kali ini ScoutsJB-X akan berlangsung bertempat di Taman Pertanian Kong-Kong Laut.

Tarikh : 12-14 November 2010
Tempat : Pusat Pertanian Kong-Kong Laut
Sasaran Penyertaan : Pengakap Kanak-Kanak, Muda, Remaja
(Tahun 4 – 6 & Tingkatan 1 – 5)

Bayaran Penyertaan : RM 50.00
(Kit Camporee, Sjil, Penginapan dan Pengurusan & Makanan)

ScoutsJB-X merupakan sebuah program yang berkonspekan Mini-Jamboree. Semasa ScoutsJB-X dijalankan terdapat 4 jenis pertandingan akan dipertandingkan seperti :

i. Xtreme (ScoutsJB Paintball)

ii. Xcape (ScoutsJB Got Talent)

iii. Xpose (ScoutsJB City Hiking)

iv. Xtra Ordinary (ScoutsJB Mega Pioneering Project)

Selain daripada itu, terdapat aktiviti-aktiviti senggang yang turut dijalankan bagi membolehkan para peserta menimba pengalaman & mengasah kemahiran berpengakap semasa program ini dijalankan. Sebarang pertanyaan bolehlah rujuk kepada En. Mohd Hafiz Ariffin @ 013-7947030 atau En. Tajularif Ibrahim @ 013-6168137.

Kepada ahli Pengakap SKTDJ yang berminat boleh mendapat maklumat dari En Rithauddin Alias.

Sunday, October 24, 2010

KURSUS MANIK KAYU 3(2)


Tarikh : 21-24 Okt 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Laboh Bt Pahat Johor
Peserta: 33 Pemimpin

Dua pemimpin pengakap SK Taman Damai Jaya iaitu En Mohd Rithauddin Alias dan En Mohd Salleh Bin Amat Misra telah mengikuti Kursus Manik Kayu peringkat 3.2 yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin yang layak dari seluruh negeri Johor

Semoga dengan pertauliahan manik kayu ini akan menyemarakkan lagi pergerakan pengakap di SK Taman Damai Jaya

Tuesday, October 12, 2010

PERLAKSANAAN PEK BERCUTI: PERKHEMAHAN RAMBU DAN KERIS 2010


Wajah ceria peserta Kem Rambu dan Keris 2010
Penerima anugerah rambu biru bersama pemimpin
112 peserta PKK

Tahniah diucapkan kepada semua peserta,guru pemimpin, jurulatih, pembimbing dan urusetia pelaksana Program Pek Bercuti-Kem Rambu dan Keris 2010 pada 8-10 Oktober 2010.Perkhemahan telah berjalan dengan amat lancar dengan penyertaan seramai 112 peserta PKK yang dianjurkan oleh Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya dengan kerjasama ScoutsJB dan mengabungkan 3 buah sekolah iaitu SK Taman Damai Jaya, SK Taman Tun Aminah 1 dan SK Pengkalan Rinting. Turut hadir memeriahkan perkhemahan ini ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru En Ahmad Khairi yg turut sudi menganugerahkan lencana tertinggi iaitu rambu biru kepada 13 peserta yang layak..
Pengakap Wadah Kecermelangan Negara
gambar di http://www.facebook.com/scoutsjb-sktdj



SIJIL PENYERTAAN

Wednesday, August 25, 2010

NEXT EVENT: PERKHEMAHAN LENCANA KERIS 2010


Aktiviti: Program Pek Bercuti-Perkemahan Lencana Keris 2010
Tarikh: 8, 9 dan 10 Oktober 2010 (Jumaat -Sabtu-Ahad)
Bayaran: RM25 (makanan, modul, aktiviti, pengurusan dan skaf perkhemahan)

kepada PKK SK Taman Damai Jaya yang berminat boleh mendapatkan borang daripada
En Mohd Rithauddin Bin Alias
En Mohd Salleh Bin Amat Misra

Friday, August 13, 2010

FACEBOOK SCOUTS LITTLE JR



UNTUK KE GROUP FACEBOOK

SCOUTS LITTLE JR

LEBIH BANYAK PERKONGSIAN

VIDEO, FOTO DAN AKTIVITI TERKINI..

Friday, July 30, 2010

PERSEMBAHAN PENGAKAP SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

Majlis Persaraan En Shariff Bin Abd Aziz, Pem Tadbir Pejabat SK Taman Damai Jaya diraikan pada 29 Julai 2010.

Pelbagai persembahan diselitkan sepanjang acara antaranya tayangan multimedia, dikir putri, nyanyian dari guru praktikum, persembahan koir dan nyanyian duet Tn Hj Tachip GPK1 dan cikgu Lydia. Pasukan pengakap juga telah turut mengambil bahagian dalam menghiburkan majlis melalui persembahan sketsa yang melucukan.Penglibatan pengakap dalam persembahan ini juga sebagai satu ruang bagi mempamerkan bakat yang dimiliki oleh ahli pengakap dan di harap dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain.

Wednesday, July 14, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 10


TARIKH: 14 JULAI 2010
HARI: RABU
MASA: 4-6 PETANG
TEMPAT: DEWAN TERBUKA DAN 6 DAMAI
AKTIVITI: Semakan buku log,tatacara pakaian,skima lencana,nyanyian dan perbincangan untuk membuat T shirt "Scouts Little Jr"

KEHADIRAN:
PKK;
Tahun 6- 2 orang
Tahun 5- 5 orang
Tahun 4- 23 orang
Tahun 3- 3 orang

Wednesday, June 30, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR TAHUN 4-PRA LENCANA KERIS

TARIKH: 30 JUN 2010(RABU)
MASA: 4-6 PTG
KEHADIRAN ; 2 PEMIMPIN, DAN 26 PKK
AKTIVITI: PEMERIKSAAN BUKU LOG, SEMAKAN PERSETIAAN PENGAKAP, NYANYIAN DAN PERMAINAN

Wednesday, June 23, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 8-edisi basah kuyup


TARIKH: 23 JUN 2010
MASA: 4-6 PTG
CUACA: HUJAN LEBAT
KEHADIRAN: 11 PKK
AKTIVITI:
-Perah kain
-nyanyian
~little green frog
~suragani
~bunga seroja
-permainan
~perahu darat
-kemaskini buku log

Biarpun kehadiran PKK tidak ramai kerana hujan turun dengan lebatnya, perjumpaan diteruskan kerana adanya PKK yang sangat komitmen ,bersemangat dan membanggakan.

Friday, June 4, 2010

WE CAN SAVE PALESTIN

Ya ALLAH,
Selamatkanlah bumi Palestin dan saudara-saudara seagama kami..
Amin

Wednesday, June 2, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 7

Tarikh: 2 Jun 2010
Tempat: Dewan Terbuka
Kedatangan: 34 PKK

Lirik Tepi Gunung
Tepi gunung air tejun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya Mahani

Sungguh cantik rupa Ani
hidung mancung seludang
betis bagai bunting padi
tak jemu mata memandang

Tidur malam mimpi mimpi
Ani datang ke khemah
tapi sayang Ani pergi
hati ani berubah

Lirik Masa Billi
Masa bille bille
Masa bille kukampa
Kukampa sirena poni
kukampa serina pom pom pom

Edani nina
Eda nina kukampa
Kukampa serina poni
kukampa serina pom pom pom

Monday, May 31, 2010

GAJET PENGAKAP

Ku cari buluh di hutan,
Jadikan perkakasan
Khemah buruk ku hiaskan bagai taman
Siapa pandangkan tertawan

Berkhemah di hutan
Pengakap tak pernah rasa bosan,
Penat lelah itu semua aku tak hairan
Asal dapat kepuasan.

3 pot-rak pinggan

gajet gelas dan cawan

Pintu Gerbang
Dapur


Ampaian baju
Pintu keluar masuk

PERLAKSANAAN KURSUS MK 3(1)

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, pembimbing dan urusetia Kursus MK(1). Kursus telah berjalan dengan amat lancar dengan penyertaan seramai 43 orang Pemimpin Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak bermula daripada 28-30 Mei 2010 di Tapak Perkhemahan Rekreasi UTM. Turut serta dalam kursus ini ialah beberapa ahli Gabungan Pengakap Raja yang telah lama menyepi dari pengakap..Sekali Pengakap terus Berpengakap!! Jumpa lagi di MK (2) ..gambatehhh!!