Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Showing posts with label persembahan. Show all posts
Showing posts with label persembahan. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

MAJLIS PERPISAHAN GPK KOKURIKULUM


Majlis Perpisahan GPK Kokurikulum Pn Hayati Bte Azhar Othman yg juga merupakan Naib Pengerusi jawatankuasa Pengakap 129Jb SK Taman Damai Jaya telah diadakan pada hari Jumaat 15 Jun 2012 dengan suasana yang meriah. Beliau telah dinaikkan pengkat sbg GPK HEM di SK Tmn Universiti 1.

Sepanjang tempoh 4 tahun perkhidmatan beliau sebagai GPK Kokorikulum SKTDJ, beliau telah memberi idea, nasihat dan sokongan yang sepenuhnya dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pasukan pengakap.

Orang berbudi
Kita berbahasa..

Pengakap bersemangat meraikan Majlis Perpisahan GPK Koko Pn Hayati Bte Azhar Othman.

Pemimpin pengakap bergambar kenangan dengan Pn Hayati
Pengakap yang menceriakan suasana majlis

::Cenderamata dari Pengakap untuk GPK Kokorikulum::
koleksi skaf Korobori Pengakap di SKTDJ 
Baju Koperat Pengakap

PERSEMBAHAN KHAS PENGAKAP BUAT PN  HAYATI

Wednesday, March 21, 2012

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SKTDJ

Pada 8 Mac 2012, Pn Hajah Rehizan Guru Besar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan dan Kuasa Penganjur Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya telah bersara setelah sekian lama menabur bakti sebagai pendidik.

Pasukan pengakap telah memberi komitmen penuh dalam menjayakan Majlis Persaraan ini supaya menjadi kenangan terindah kepada guru besar kelak. Pasukan pengakap telah menyabut kehadiran guru besar dengan laungan YELL Selamat Datang iaitu satu tradisi pengakap ketika menyambut tatamu yang dihormati.


Pasukan pengakap juga telah membuat persembahan nyayian Hey Yamko, Poh Kareana dan 500 mile dihadapan tetamu..lagu2 ini merupakan lagu menghargai perpisahan seorang sahabat yang disayangi.

Selain itu, ahli pengakap dari kelas 6 Aman juga telah bergabung dengan unit uniform lain dari kelas yang sama membuat sketsa dan nyayian lagu bertajuk " Terima kasih guruku"



Selamat Bersara buat Pn Hajah Rehizan dari Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya.

Wednesday, July 13, 2011

Persembahan ScoutsJB-SKTDJ di Majlis Sanjungan Budi Pn Teoh




Pada 12 Julai 2011. Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya telah mengadakan persembahan di Majlis Sanjungan Budi bersempena persaraan Pn Teo Eng Hoa yg telah berhidmat semala 32 tahun sebagai seorang guru

Aksi persembahan ScoutsJB SKTDJ yg melakonkan aksi kenangan bersama Pn Teoh telah membuat airmata Pn Teoh berlinangan di sebalik imbauan kenangan bersama pelajar dan juga menguntum senyuman apabila melihat gaya persembahan yg melucukan ketika ahli pengakap menyanyikan lagu 'Bertemu dan berpisahan" mengikut versi rock...

Semoga Pn Teoh terus maju jaya dan di beri kesihatan yang berterusan..senyum selalu!







Friday, July 30, 2010

PERSEMBAHAN PENGAKAP SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

Majlis Persaraan En Shariff Bin Abd Aziz, Pem Tadbir Pejabat SK Taman Damai Jaya diraikan pada 29 Julai 2010.

Pelbagai persembahan diselitkan sepanjang acara antaranya tayangan multimedia, dikir putri, nyanyian dari guru praktikum, persembahan koir dan nyanyian duet Tn Hj Tachip GPK1 dan cikgu Lydia. Pasukan pengakap juga telah turut mengambil bahagian dalam menghiburkan majlis melalui persembahan sketsa yang melucukan.Penglibatan pengakap dalam persembahan ini juga sebagai satu ruang bagi mempamerkan bakat yang dimiliki oleh ahli pengakap dan di harap dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain.

Friday, January 15, 2010

Joget Hogahege

Pagi Yang Gelap..

Setiap bulan, minggu ke 3, setiap unit beruniform SKTDJ akan bergilir membuat persembahan di perhimpunan..tak kesah sumbang atau hancoo..yg penting kerjasama, happy n enjoy!!Tahniah kepada ahli PKK SKTDJ yang telah berani menyahut cabaran dengan mempamerkan persembahan yang boleh dibanggakan..

BRAAAVOO!

Wednesday, January 13, 2010

Motivasi Pagi

13 Januari 2010(Rabu)..15 ahli PKK SKTDJ menyahut cabaran untuk membuat persembahan diatas pentas pada perhimpunan hari Rabu di hadapan rakan-rakan pelajar dan guru-guru. Persembahan yang dibuat ialah tepuk pengakap, hormat bergaya, joget Damai Jaya, Banana song, dan diakhiri dengan tepuk terima kasih dan yell bravoo. Biarpun masa latihan yang agak terhad, ahli PKK SKTDJ yang terlibat berjaya untuk Buat Sehabis Baik!!

formasi naik ke pentas

Paling segak budak Pengakap

joget selagi boleh

gelek jangan tak gelek

wajah wajah ceria tontonan percuma

misi berjaya.. cikgu pun nak tumpang glamour


Apa yang penting? KERJAAASAMA!

Saturday, January 9, 2010

Cabaran Dunia Pengakap

Ni antara persembahan slumber pelajar pengakap SKTDJ ..cabaran membuat persembahan on the spot bagi mengisi slot majlis penutup pekhemahan pengakap yang lepas ..can malican oi oi!!



Ape yang penting?? KERJASAMA!