Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Showing posts with label Ilmu Pengakap. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Pengakap. Show all posts

Monday, May 31, 2010

GAJET PENGAKAP

Ku cari buluh di hutan,
Jadikan perkakasan
Khemah buruk ku hiaskan bagai taman
Siapa pandangkan tertawan

Berkhemah di hutan
Pengakap tak pernah rasa bosan,
Penat lelah itu semua aku tak hairan
Asal dapat kepuasan.

3 pot-rak pinggan

gajet gelas dan cawan

Pintu Gerbang
Dapur


Ampaian baju
Pintu keluar masuk

Friday, January 15, 2010

Joget Hogahege

Pagi Yang Gelap..

Setiap bulan, minggu ke 3, setiap unit beruniform SKTDJ akan bergilir membuat persembahan di perhimpunan..tak kesah sumbang atau hancoo..yg penting kerjasama, happy n enjoy!!Tahniah kepada ahli PKK SKTDJ yang telah berani menyahut cabaran dengan mempamerkan persembahan yang boleh dibanggakan..

BRAAAVOO!

Wednesday, January 13, 2010

Persetiaan Pengakap


Cara Yang Betul Melafazkan Persetiaan Pengakap

Di lafazkan oleh En. Mohd Zaki Nuruddin, Ketua Eksekutif dan Setiausaha Agung Pengakap Negara (pada masa tersebut) semasa sidang KOLOKIUM (10 - 14 Dis. 2007) bertempat di Universiti Putra Malaysia.

Monday, January 11, 2010

Istiadat Laung Agung

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

TUJUAN
Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

CARA PERLAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG

Saturday, January 9, 2010