Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Showing posts with label aktviti 2010. Show all posts
Showing posts with label aktviti 2010. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

PERLAKSANAAN PEK BERCUTI: PERKHEMAHAN RAMBU DAN KERIS 2010


Wajah ceria peserta Kem Rambu dan Keris 2010
Penerima anugerah rambu biru bersama pemimpin
112 peserta PKK

Tahniah diucapkan kepada semua peserta,guru pemimpin, jurulatih, pembimbing dan urusetia pelaksana Program Pek Bercuti-Kem Rambu dan Keris 2010 pada 8-10 Oktober 2010.Perkhemahan telah berjalan dengan amat lancar dengan penyertaan seramai 112 peserta PKK yang dianjurkan oleh Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya dengan kerjasama ScoutsJB dan mengabungkan 3 buah sekolah iaitu SK Taman Damai Jaya, SK Taman Tun Aminah 1 dan SK Pengkalan Rinting. Turut hadir memeriahkan perkhemahan ini ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru En Ahmad Khairi yg turut sudi menganugerahkan lencana tertinggi iaitu rambu biru kepada 13 peserta yang layak..
Pengakap Wadah Kecermelangan Negara
gambar di http://www.facebook.com/scoutsjb-sktdj



SIJIL PENYERTAAN

Friday, July 30, 2010

PERSEMBAHAN PENGAKAP SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

Majlis Persaraan En Shariff Bin Abd Aziz, Pem Tadbir Pejabat SK Taman Damai Jaya diraikan pada 29 Julai 2010.

Pelbagai persembahan diselitkan sepanjang acara antaranya tayangan multimedia, dikir putri, nyanyian dari guru praktikum, persembahan koir dan nyanyian duet Tn Hj Tachip GPK1 dan cikgu Lydia. Pasukan pengakap juga telah turut mengambil bahagian dalam menghiburkan majlis melalui persembahan sketsa yang melucukan.Penglibatan pengakap dalam persembahan ini juga sebagai satu ruang bagi mempamerkan bakat yang dimiliki oleh ahli pengakap dan di harap dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain.

Wednesday, June 30, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR TAHUN 4-PRA LENCANA KERIS

TARIKH: 30 JUN 2010(RABU)
MASA: 4-6 PTG
KEHADIRAN ; 2 PEMIMPIN, DAN 26 PKK
AKTIVITI: PEMERIKSAAN BUKU LOG, SEMAKAN PERSETIAAN PENGAKAP, NYANYIAN DAN PERMAINAN

Wednesday, June 23, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 8-edisi basah kuyup


TARIKH: 23 JUN 2010
MASA: 4-6 PTG
CUACA: HUJAN LEBAT
KEHADIRAN: 11 PKK
AKTIVITI:
-Perah kain
-nyanyian
~little green frog
~suragani
~bunga seroja
-permainan
~perahu darat
-kemaskini buku log

Biarpun kehadiran PKK tidak ramai kerana hujan turun dengan lebatnya, perjumpaan diteruskan kerana adanya PKK yang sangat komitmen ,bersemangat dan membanggakan.

Wednesday, June 2, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 7

Tarikh: 2 Jun 2010
Tempat: Dewan Terbuka
Kedatangan: 34 PKK

Lirik Tepi Gunung
Tepi gunung air tejun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya Mahani

Sungguh cantik rupa Ani
hidung mancung seludang
betis bagai bunting padi
tak jemu mata memandang

Tidur malam mimpi mimpi
Ani datang ke khemah
tapi sayang Ani pergi
hati ani berubah

Lirik Masa Billi
Masa bille bille
Masa bille kukampa
Kukampa sirena poni
kukampa serina pom pom pom

Edani nina
Eda nina kukampa
Kukampa serina poni
kukampa serina pom pom pom

Monday, May 31, 2010

PERLAKSANAAN KURSUS MK 3(1)

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, pembimbing dan urusetia Kursus MK(1). Kursus telah berjalan dengan amat lancar dengan penyertaan seramai 43 orang Pemimpin Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak bermula daripada 28-30 Mei 2010 di Tapak Perkhemahan Rekreasi UTM. Turut serta dalam kursus ini ialah beberapa ahli Gabungan Pengakap Raja yang telah lama menyepi dari pengakap..Sekali Pengakap terus Berpengakap!! Jumpa lagi di MK (2) ..gambatehhh!!


Thursday, May 27, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 6


Tarikh: 26 Mei 2010
masa:4-6 petang
Kehadiran PKK:32 orang
kehadiran pemimpin: 2 0rang.

Perjumpaan seperti biasa diadakan pada minggu ini dimulakan dengan istiadat laung agung dan persetiaan pengakap. PKK terus menunjukkan semangat untuk menimba ilmu-ilmu pengakap.

Pada kali ini, PKK didedahkan pula dengan pergerakan kawad dinamik seperti hormat kehadapan hormat dan pergerakan kebelakang pusing ketika berjalan.Ketika sesi rehat, PKK telah didedahkan dengan lagu baru yang bertajuk Hey Yamko Ramko.

Perjumpaan kali ini juga bertambah meriah dengan kehadiran unit Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) yang mengikut langkah unit PKK mengadakan perjumpaan pada petang Rabu.

Sunday, May 9, 2010

PERLAKSANAAN PERKHEMAHAN PERDANA SKTDJ

PASUKAN PENGAKAP 129JB YANG TERLIBAT DENGAN PERKHEMAHAN BERSAMA PEMIMPIN
EN FIRDAUS, EN RITHAUDDIN, UST SALLEH, EN NAJIBUL DAN PN HALIJAH

LOKASI : PUSAT PALAPES UTM
TARIKH: 7-9 MEI 2010
BILANGAN PESERTA: 120 0RANG

Perkhemahan Perdana Unit Uniform bagi tahun 2010 telah selamat diadakan dengan jayanya dengan kerjasama dari jurulatih PALAPES UTM. Perkhemahan kali ini memberi pendedahan dan peluang kepada peserta untuk menimba pengalaman yang amat berguna.

Antara aktiviti yang dilalui oleh para peserta ialah merentas air, bermain kayak, latihan menembak, merentas halangan, malam kebudayaan dan aktiviti mencari bintang di mana menguji keyakinan peserta meredah hutan pada waktu malam yang gelap gelita.

Keseluruhan peserta menunjukkan minat dan semangat yang membanggakan dalam melaksanakan aktiviti yang mereka tempuhi.

Pasukan pengakap pula telah mengungguli beberapa pertandingan yang diadakan antaranya:
~Johan Persembahan malam kebudayaan (kump pengakap 2)
~Pasukan terbaik (kump pengakap 1)
~peserta lelaki terbaik (Izwan bin Ani-kump pengakap 1)
~Peserta perempuan terbaik (Nordiyana bte Nordin-kum pengakap 3)

Majlis penutup telah disempurnakan oleh guru besar SKTDJ iaitu Puan Hajah Rehizan bte Shamsuddin pada jam 1 tengahari.

kumpulan pengakap 1-kumpulan terbaik
Nordiyana-kumpulan pengakap 3-Peserta perempuan terbaik
Pengakap 2-Persembahan Malam Kebudayaan terbaik

Wednesday, May 5, 2010

PERJUMPAAN SCOUTSJR KALI KE5


Tarikh: 5 Mei 2010 (Rabu)
Lokasi: Dewan Terbuka SK Taman Damai Jaya
Masa: 4-6 ptg
Bilangan peserta: 67 PKK
Bilangan pemimpin: 4 orang
Aktiviti:
~Laung agung
~Nyanyian PKK
~Kawad asas
~latihan persembahan malam kebudayaan perkhemahan