Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Thursday, November 1, 2012

KOROBORI DAERAH JOHOR BAHRU (19-21 OKTOBER 2012)


Perhimpunan Pengakap Kanak2 Daerah JB (Korobori) telah terlaksana dengan jayanya melibatkan 236 pengakap kanak-kanak dari 21 sekolah daerah JB, Pasir Gudang dan Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Korobori antaranya aktiviti memanah, kemahiran memanjat, malam kebudayaan, kawad kaki, pertolongan cemas, ikatan dan rentas halangan.


Terima kasih diucapkan diatas kerjasama dan sokongan yg diberikan oleh para pemimpin, guru pengiringm jawatankuasa, urusetia, kelana ScoutsJb, Kelana Mahasiswa UTM, team radioamatur, ibubapa dan sukarelawan yg menjayakan korobori ini.


Semoga para peserta Korobori telah mendapat manfaat yg sewajarnya sepanjang KOROBORI dan tidak serik untuk berpengakap lg. 


Sekali Berpengakap Selamanya Pengakap -klik-> link lebih banyak gambar






Wednesday, September 12, 2012

KOROBORI DAERAH JOHOR BAHRU




Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru (PPMDJB) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB) akan menganjurkan Korobori Daerah Johor Bahru seperti berikut

KOROBORI DAERAH JOHOR BAHRU & JOTA 2012
TARIKH: 19, 20 DAN 21 OKTOBER 2012
TEMPAT: SK TAMAN DAMAI JAYA
SASARAN PENYERTAAN: PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH JOHOR BAHRU

Sunday, September 2, 2012

PROGRAM AMAL KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN

Alhamdulilah..Program Amal Di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan telah terlaksana dengan jayanya pada 14 Julai 2012 dengan penglibatan 34 ahli pengakap dan 22 puteri Islam bersama pemimpin pengiring.

Aktiviti ini telah mencapai matlamat dan diharap semua peserta mengambil iktibar dan pengajaran yang sewajarnya..kasihanilah ibubapa kita sebagaimana mereka mengasihi kita sewaktu kecil.

Tuesday, July 10, 2012

SCOUTSJB-SKTDJ PRIHATIN-LAWATAN AMAL KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN


PROGRAM ANJURAN BERSAMA
PASUKAN PENGAKAP DAN PUTERI ISLAM
SK TAMAN DAMAI JAYA

14 JULAI 2012

Sunday, July 1, 2012

KEM PAMERAN DAN JUALAN PENGAKAP


Sempana Hari Terbuka SKTDJ 2012 pada 30 Jun 2012 (Sabtu). Pasukan Pengakap telah mengambil kesempatan mengadakan Kem Pameran dan Jualan Pengakap.

Kem Pameran dan jualan ini telah berjaya memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli pengakap yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan kelak. Disamping itu pameran yang dibuat diharap dapat menarik minat semua murid untuk menyertai pengakap disamping menyampai maklumat aktiviti kepada ibubapa.





MAJLIS PERPISAHAN GPK KOKURIKULUM


Majlis Perpisahan GPK Kokurikulum Pn Hayati Bte Azhar Othman yg juga merupakan Naib Pengerusi jawatankuasa Pengakap 129Jb SK Taman Damai Jaya telah diadakan pada hari Jumaat 15 Jun 2012 dengan suasana yang meriah. Beliau telah dinaikkan pengkat sbg GPK HEM di SK Tmn Universiti 1.

Sepanjang tempoh 4 tahun perkhidmatan beliau sebagai GPK Kokorikulum SKTDJ, beliau telah memberi idea, nasihat dan sokongan yang sepenuhnya dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pasukan pengakap.

Orang berbudi
Kita berbahasa..

Pengakap bersemangat meraikan Majlis Perpisahan GPK Koko Pn Hayati Bte Azhar Othman.

Pemimpin pengakap bergambar kenangan dengan Pn Hayati
Pengakap yang menceriakan suasana majlis

::Cenderamata dari Pengakap untuk GPK Kokorikulum::
koleksi skaf Korobori Pengakap di SKTDJ 
Baju Koperat Pengakap

PERSEMBAHAN KHAS PENGAKAP BUAT PN  HAYATI

Saturday, May 12, 2012

LOGO SCOUTSJB-SKTDJ 129 JB

Setelah menerima pandangan dan cadangan melalui undiann pilihan logo yang dibuat di facebook SCOUTSJB-SKTDJ 129JB. Majlis pemimpin pengakap SK Taman Damai Jaya sebulat suara memilih logo ini yang mengabungkan pilihan logo A dan C sebagai logo rasmi pengakap SKTDJ.

Semoga dengan adanya logo kumpulan. SCOUTSJB-SKTDJ 129JB bergerak cemerlang seiring dengan maksud yang terkandung pada logo ini.


Tuesday, April 24, 2012

LAWATAN DAN PELAYARAN SCOUTSJB-SKTDJ


Pada 18 April 2012, Pasukan Pengakap SKTDJ telah mengadakan program Lawatan dan Pelayaran dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan. Aktivti ini telah disertai oleh 50 pengakap bersama 5 guru pemimpin.

Peserta lawatan dan pelayaran telah berpeluang mengetahui tentang cabaran tugas di maritim. Di samping itu, pkk juga telah diberi peluang belayar menaiki kapal SHAULA 1 dari pelabuhan PTP ke Tanjung Piai, Pontian yang mengambil masa 2 jam perjalanan belayar dan melihat kecanggihan kapal MV PEMANCAR.


PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEK REN PERINGAKAT DAERAH JB



Pada 9 April 2012, buat julung kalinya SK Taman Damai Jaya menghantar penyertaan kawad kaki formasi anjuran PPD peringkat daerah Johor Bahru yang diadakan di SK Perling 3.. Pasukan Pengakap telah menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan tersebut dengan menghantar 31 ahli. Terdapat 16 pasukan unit beruniform yang terdiri dari pelbagai unit beruniform menyertai bagi kategori lelaki manakala kategori perempuan adalah 11 pasukan.

Pasukan kawad kaki Pengakap SKTDJ adalah satu-satunya pasukan yang baru menyertai pertandingan ini berbanding pasukan lain yang telah berpengalaman menyertai pertandingan ini. Biarpun penyertaan kali pertama dengan latihan yang singkat dan tanpa persiapan yang rapi pasukan kawad kaki pengakap SKTDJ telah memberi saingan yg hebat dan boleh dipuji.

Tahniah kepada semua peserta pasukan kawad kaki pengakap yang telah menunjukkan kesungguhan dan semangat. Semoga pengalaman dan pendedahan pertama ini memberi perangsang untuk mengecapai kejayaan pada masa akan datang.



PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

Perkhemahan unit beruniform sekolah rendah peringkat negeri Johor anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah diadakan pada 3-6 April 2012 bertempat di Kem Damai Alam, Muar. 

Seramai 143 peserta dari pelbagai unit beruniform seperti KRS, Puteri Islam, Pandu Puteri, PBSM dan Pengakap yang hadir dari setiap daerah. 3 orang ahli pengakap SK Taman Damai Jaya telah terpilih untuk menyertai perkhemahan ini iaitu Aidil Bin Rosli (6 Aman) Haress A/l Sivakumar (6 Aman) Aqid Syafaat bin Amran (6 Aman) 

Sukacita dimaklumkan Aidil Bin Rosli telah terpilih sebagai peserta lelaki terbaikpada perkhemahan tersebut..Tahniah! Tahniah! Tahniah!

 Aqid, Aidil dan Haress bersama Tn Jamal (Pen Peseruhjaya daerah Muar)

Aidil mengiringi VIP untuk pemeriksaan barisan

Wednesday, March 28, 2012

KEM MOWGLI 2012


Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru telah mangadakan Kem Mowgli khas untuk pengakap kanak-kanak pada 13-15 mac 2012 di Sk taman Tun Aminah. Pekhemahan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 230 peserta dari 13 kumpulan pengakap dari sekitar sekolah daerah Johor Bahru.

Kump Pengakap 129JB SK Taman Damai Jaya telah menghantar penyertaan seramai 53 orang iaitu penyertaan teramai.. Tahniah! Tahniah! Tahniah! SKTDJ. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan abntaranya berbasikal, memanjat tali, ikatan, malam kebudayaan dan campfire. Pengakap SKTDJ juga telah nebjadi johon dalam pertandingan malam kebudyaan.

tahniah kepada semua peserta, pemimpin, kelana dan urusetia yang menjayakan kem Mowgli ini. Sekali berpergakap, selamanya Pengakap!



belajar simpulan dan ikatan

Pengakap menunjukkan keberanian memanjat


tak sabar menunggu giliran >

Aidil Rosli ketua petrol bertugas sedang melaporkan kepada tn penceramah
makan berdulang
Pengakap itu bersaudara!


Kumpulan 129JB SK Taman Damai Jaya bersama abg2 kelana

AWESOME!!!

Wednesday, March 21, 2012

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SKTDJ

Pada 8 Mac 2012, Pn Hajah Rehizan Guru Besar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan dan Kuasa Penganjur Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya telah bersara setelah sekian lama menabur bakti sebagai pendidik.

Pasukan pengakap telah memberi komitmen penuh dalam menjayakan Majlis Persaraan ini supaya menjadi kenangan terindah kepada guru besar kelak. Pasukan pengakap telah menyabut kehadiran guru besar dengan laungan YELL Selamat Datang iaitu satu tradisi pengakap ketika menyambut tatamu yang dihormati.


Pasukan pengakap juga telah membuat persembahan nyayian Hey Yamko, Poh Kareana dan 500 mile dihadapan tetamu..lagu2 ini merupakan lagu menghargai perpisahan seorang sahabat yang disayangi.

Selain itu, ahli pengakap dari kelas 6 Aman juga telah bergabung dengan unit uniform lain dari kelas yang sama membuat sketsa dan nyayian lagu bertajuk " Terima kasih guruku"



Selamat Bersara buat Pn Hajah Rehizan dari Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya.