Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Saturday, October 22, 2011

KOROBORI PENGAKAP KANAK KANAK DAERAH JB



Korobori Pengakap Kanak-Kanak Daearah Johor Bahru telah dilaksanakan dengan jayanya pada 14-16 Oktober 2011 bertempat di SK Taman Damai Jaya. Seramai 169 peserta PKK dari 7 buah sekolah telah menyertai korobori ini.

Antara pasukan pengakap yang terlibat dari sekolah:
SK Taman Damai Jaya
SK Pengkalan RInting,
SK Taman Tun Aminah 1
SK Taman Tun Aminah 2
SK Selesa Jaya
SK Seri Kota Puteri, Masai
SK Tiram Duku, Gelang Patah

Para peserta telah melalui ujian seperti kawad kaki asas, membuat gadjet tripod, teori pertolongan cemas dan ilmu2 pengakap yang lain. Malam Pengakap pula dimeriahkan dengan kehadiran ramai ibubapa yang datang menberi sokongan. Para peserta telah menghadapi semua ujian dengan cemerlang dan melalui suasana perkhemahan penuh cabaran.

Korobori ini telah dirasmikan oleh Ketua Persuruhjaya Negeri , Tn Yaacob bin Karim yang turut sudi mengalungkan rambu kepada pengakap kanak kanak yg layak. Majlis penutup turut dihadiri oleh Pen Pegawai PPD dan Guru Besar SKTDJ..

Barisan Pemimpin, kelana dan urusetia Korobori bersama Ketua Pesuruhjaya Negeri

Peserta Korobori ceria bersalam pengenalan sambil menunjukkan isyarat pengakap

Laung Agung

sesi kesihatan dan keselamatan

Merentas halangan


Perasmian malam campfire oleh Guru Besar, Pn hjh Rehizan Shamsuddin

Persembahan menghiburkan dari pengakap

Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri (rambu biru) pada yang berjaya..Tahniah!!

Perasmian penutup oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri

AWESOME!!!

Wednesday, July 13, 2011

Persembahan ScoutsJB-SKTDJ di Majlis Sanjungan Budi Pn Teoh




Pada 12 Julai 2011. Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya telah mengadakan persembahan di Majlis Sanjungan Budi bersempena persaraan Pn Teo Eng Hoa yg telah berhidmat semala 32 tahun sebagai seorang guru

Aksi persembahan ScoutsJB SKTDJ yg melakonkan aksi kenangan bersama Pn Teoh telah membuat airmata Pn Teoh berlinangan di sebalik imbauan kenangan bersama pelajar dan juga menguntum senyuman apabila melihat gaya persembahan yg melucukan ketika ahli pengakap menyanyikan lagu 'Bertemu dan berpisahan" mengikut versi rock...

Semoga Pn Teoh terus maju jaya dan di beri kesihatan yang berterusan..senyum selalu!







Monday, June 27, 2011

LAWATAN PEK BERCUTI SCOUTSJB-SKTDJ KE MELAKA


Sukacita dimaklumkan Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya dan Pengakap SK Tmn Tun Aminah 1 dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 23 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat lawatan: Zoo Melaka, Muzium Samudera, Muzium TLDM, Taming Sari dan sekitar bandaraya bersejarah
Masa lawatan: 7pg-8 mlm.

Pemimpin Pengiring:
1 En Rithauddin Bin Alias
2 Ustaz Salleh Bin Amat Misra
3 En Sheldon Asun
4 Pn Rebia A/k Kempit











Tuesday, April 19, 2011

PERKHEMAHAN PERDANA SKTDJ 2011

Sukacita dimaklumkan Unit Kokurikulum telah berjaya mengadakan Perkhemahan Perdana bg tahun 2011 bertempat di Hutan Rekreasi Universiti Teknologi Malaysia pada 22-24 April 2011

Seramai 120 peserta dari 4 unit uniform (43 Pengakap,31 KRS,30 Puteri Islam,16 PBSM)telah mendaftarkan diri untuk menyertai aktiviti ini. Para peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan yg mengandungi 10 ahli.





Saturday, March 19, 2011

SCOUTSJB-SKTDJ KE KOROBORI KEBANGSAAN 2011 DI MELAKA


Scoutsjb-SKTDJ dengan kekuatan angota seramai 22 pkk dan 2 pemimpin telah menyertai korobori kebagsaan pengakap bertempat di Kem Pengakap Bukit katil Melaka dari 12- 16 mac 2011

Jambori merupakan perhimpunan pengakap perbagai peringkat usia manakala Korobori merupakan perhimpunan khas utk pengakap kanak-kanak. Korobori kali ini disertai lebih kurang 850 peserta dari seluruh negara. kontingen Johor telah mengantar 137 peserta diiringi 12 pemimpin dari pelbagai daerah yang diketuai oleh Tn Hj Ramli Bin Sharip Pesuruhjaya daerah Kulai

Bergambar bersama ibubapa sebelum bertolak

langkah permulaan hidup berpengakap

lambaian sayonara

Scoutsjb-sktdj dengan tshirt seragam kelabu kuning..

Ahli pengakap dari negeri lain bergambar bersama baner Scoutjb-sktdj

Pramuka Indonesia

perasmi> Tuan Yang terutama Tun datuk seri khalil yaakub

Pemimpin ScoutsJB-SKTDJ yang mengiringi PKK

Gambar kenangan bersama kontingen Johor dan Pramuka selepas perasmian

Peserta ScoutsJB-SKTDJ bergambar bersama Ketua Pesuruhjaya Negara


Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang korobori. Selain ilmu pengakap, peserta telah dibawa melawat tempat2 menarik di sekitar Melaka antaranya Menara taming Sari, Muzium Samudrera, Muzium TUDM, muzium negeri, Kota A Famosa,River Cruise dan Zoo Melaka


Pengakap di jalanan..semua orang pandang

Menawan kapal Samudera

Sang lanun bergambar

malu bertanya sesat jalan

Meredah sungai menaiki River Cruise

duduk diam diam

Menara taming sari

Tinggi tu...

Pengakap sabar menunggu giliran

Amanat dari pemimpin

Muzium TUDM

Muzium Negeri

membaca amalan mulia


Zoo Melaka bersama burung Unta


Pada mlm ketiga, kontingen Johor yang diwakili oleh pengakap SKTDJ telah menyahut cabaran utk aktiviti malam kebudayaan dengan persembahan ' Samba Zapin Yamko'. biapun latihan yg kurang kerana kesuntukan masa. Persembahan Johor tidak mengecewakan dan terpilih sebagai antara 4 persembahan terbaik dan kemudiannya dipersembahkan semula pada malam penutup di hadapan tetamu VIP.


Gaya Koboi dari Scoutsjb-SKTDJ

Berlatih di tapak perkhemahan

team yg menghangatkan malam kebudayaan

Samba Hey Yamko dari ScoutsJB-SKTDJ

bergambung dengan Zapin Johor dari SK daerah Kulai

Sokongan dan kegembiraan para penonton yang turut sama menari


Habuan selepas penat memberi aksi terbaik...tidor dijalananan.