Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Saturday, April 6, 2013

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM (PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU)


Alhamdulilah, pasukan Kawad Kaki Pengakap yang mewakili SK Taman Damai Jaya telah mendapat tempat ke tiga di pertandingan kawad kaki peringkat daerah Johor Bahru. Sebanyak 17 buah pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan dari pelbagai unit beruniform telah menyertai pertandingan ini yang dijalan kan di Sk Taman Angerik pada 9 Mac 2013. Johan kategori lelaki dimenangi oleh TKRS SK Nusa Perintis dan Johan Kategori Perempuan dimenangi oelh Puteri Islam SK Nusa Perintis.


No comments:

Post a Comment