
Rabu 21 April 2010,perjumpaan pengakap diadakan di Makmal Komputer sek untuk PKK tahun 4-5. Turut terlibat murid tahun 3 yang berminat dengan pengakap yang hadir berpakaian lengkap pengakap.
Perjumpaan dari jam 3.30-5 petang ini bagi mendedahkan PKK kepada pengakap dengan meneroka dunia pengakap melalui internet dengan mencari sumber dari blog, video dan website pengakap.
Perjumpaan kumpulan pelapis ini diharap dapat menambah minat PKK dan seterusnya memantapkan pergerakan PKK SKTDJ pada masa akan datang.
Memandangkan sesi kokurikulum pada hari Sabtu sering tidak dapat dijalankan disebabkan sekolah ganti dan majlis-majlis tertentu. Dengan sokongan GPK koko dan kebenaran Guru Besar, perjumpaan pengakap akan diadakan pada setiap petang Rabu selepas ini.
No comments:
Post a Comment