
Dengan sukacitanya, ScoutsJB akan menganjurkan satu perkhemahan berkonsepkan pertandingan lasak. Ini ialah tahun kedua perkhemahan ini dijalankan. Kali ini ScoutsJB-X akan berlangsung bertempat di Taman Pertanian Kong-Kong Laut.
Tarikh : 12-14 November 2010
Tempat : Pusat Pertanian Kong-Kong Laut
Sasaran Penyertaan : Pengakap Kanak-Kanak, Muda, Remaja
(Tahun 4 – 6 & Tingkatan 1 – 5)
Bayaran Penyertaan : RM 50.00
(Kit Camporee, Sjil, Penginapan dan Pengurusan & Makanan)
ScoutsJB-X merupakan sebuah program yang berkonspekan Mini-Jamboree. Semasa ScoutsJB-X dijalankan terdapat 4 jenis pertandingan akan dipertandingkan seperti :
i. Xtreme (ScoutsJB Paintball)
ii. Xcape (ScoutsJB Got Talent)
iii. Xpose (ScoutsJB City Hiking)
iv. Xtra Ordinary (ScoutsJB Mega Pioneering Project)
Selain daripada itu, terdapat aktiviti-aktiviti senggang yang turut dijalankan bagi membolehkan para peserta menimba pengalaman & mengasah kemahiran berpengakap semasa program ini dijalankan. Sebarang pertanyaan bolehlah rujuk kepada En. Mohd Hafiz Ariffin @ 013-7947030 atau En. Tajularif Ibrahim @ 013-6168137.
Kepada ahli Pengakap SKTDJ yang berminat boleh mendapat maklumat dari En Rithauddin Alias.