Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ
Perhimpunan Pengakap Kanak2 Daerah JB (Korobori) telah terlaksana dengan jayanya melibatkan 236 pengakap kanak-kanak dari 21 sekolah daerah JB, Pasir Gudang dan Batu Pahat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Korobori antaranya aktiviti memanah, kemahiran memanjat, malam kebudayaan, kawad kaki, pertolongan cemas, ikatan dan rentas halangan.
Terima kasih diucapkan diatas kerjasama dan sokongan yg diberikan oleh para pemimpin, guru pengiringm jawatankuasa, urusetia, kelana ScoutsJb, Kelana Mahasiswa UTM, team radioamatur, ibubapa dan sukarelawan yg menjayakan korobori ini.
Semoga para peserta Korobori telah mendapat manfaat yg sewajarnya sepanjang KOROBORI dan tidak serik untuk berpengakap lg. Sekali Berpengakap Selamanya Pengakap -klik-> link lebih banyak gambar
Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru (PPMDJB) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB) akan menganjurkan Korobori Daerah Johor Bahru seperti berikut
KOROBORI DAERAH JOHOR BAHRU & JOTA 2012
TARIKH: 19, 20 DAN 21 OKTOBER 2012
TEMPAT: SK TAMAN DAMAI JAYA SASARAN PENYERTAAN: PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH JOHOR BAHRU
Alhamdulilah..Program Amal Di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan telah terlaksana dengan jayanya pada 14 Julai 2012 dengan penglibatan 34 ahli pengakap dan 22 puteri Islam bersama pemimpin pengiring.
Aktiviti ini telah mencapai matlamat dan diharap semua peserta mengambil iktibar dan pengajaran yang sewajarnya..kasihanilah ibubapa kita sebagaimana mereka mengasihi kita sewaktu kecil.
Sempana Hari Terbuka SKTDJ 2012 pada 30 Jun 2012 (Sabtu). Pasukan Pengakap telah mengambil kesempatan mengadakan Kem Pameran dan Jualan Pengakap.
Kem Pameran dan jualan ini telah berjaya memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli pengakap yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan kelak. Disamping itu pameran yang dibuat diharap dapat menarik minat semua murid untuk menyertai pengakap disamping menyampai maklumat aktiviti kepada ibubapa.
Majlis Perpisahan GPK Kokurikulum Pn Hayati Bte Azhar Othman yg juga merupakan Naib Pengerusi jawatankuasa Pengakap 129Jb SK Taman Damai Jaya telah diadakan pada hari Jumaat 15 Jun 2012 dengan suasana yang meriah. Beliau telah dinaikkan pengkat sbg GPK HEM di SK Tmn Universiti 1.
Sepanjang tempoh 4 tahun perkhidmatan beliau sebagai GPK Kokorikulum SKTDJ, beliau telah memberi idea, nasihat dan sokongan yang sepenuhnya dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pasukan pengakap.
Orang berbudi
Kita berbahasa..
Pengakap bersemangat meraikan Majlis Perpisahan GPK Koko Pn Hayati Bte Azhar Othman.
Pemimpin pengakap bergambar kenangan dengan Pn Hayati
Pengakap yang menceriakan suasana majlis
::Cenderamata dari Pengakap untuk GPK Kokorikulum::
Setelah menerima pandangan dan cadangan melalui undiann pilihan logo yang dibuat di facebook SCOUTSJB-SKTDJ 129JB. Majlis pemimpin pengakap SK Taman Damai Jaya sebulat suara memilih logo ini yang mengabungkan pilihan logo A dan C sebagai logo rasmi pengakap SKTDJ.
Semoga dengan adanya logo kumpulan. SCOUTSJB-SKTDJ 129JB bergerak cemerlang seiring dengan maksud yang terkandung pada logo ini.
Pada 18 April 2012, Pasukan Pengakap SKTDJ telah mengadakan program Lawatan dan Pelayaran dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan. Aktivti ini telah disertai oleh 50 pengakap bersama 5 guru pemimpin.
Peserta lawatan dan pelayaran telah berpeluang mengetahui tentang cabaran tugas di maritim. Di samping itu, pkk juga telah diberi peluang belayar menaiki kapal SHAULA 1 dari pelabuhan PTP ke Tanjung Piai, Pontian yang mengambil masa 2 jam perjalanan belayar dan melihat kecanggihan kapal MV PEMANCAR.
Pada 9 April 2012, buat julung kalinya SK Taman Damai Jaya menghantar penyertaan kawad kaki formasi anjuran PPD peringkat daerah Johor Bahru yang diadakan di SK Perling 3.. Pasukan Pengakap telah menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan tersebut dengan menghantar 31 ahli. Terdapat 16 pasukan unit beruniform yang terdiri dari pelbagai unit beruniform menyertai bagi kategori lelaki manakala kategori perempuan adalah 11 pasukan.
Pasukan kawad kaki Pengakap SKTDJ adalah satu-satunya pasukan yang baru menyertai pertandingan ini berbanding pasukan lain yang telah berpengalaman menyertai pertandingan ini. Biarpun penyertaan kali pertama dengan latihan yang singkat dan tanpa persiapan yang rapi pasukan kawad kaki pengakap SKTDJ telah memberi saingan yg hebat dan boleh dipuji.
Tahniah kepada semua peserta pasukan kawad kaki pengakap yang telah menunjukkan kesungguhan dan semangat. Semoga pengalaman dan pendedahan pertama ini memberi perangsang untuk mengecapai kejayaan pada masa akan datang.
Perkhemahan unit beruniform sekolah rendah peringkat negeri Johor anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah diadakan pada 3-6 April 2012 bertempat di Kem Damai Alam, Muar.
Seramai 143 peserta dari pelbagai unit beruniform seperti KRS, Puteri Islam, Pandu Puteri, PBSM dan Pengakap yang hadir dari setiap daerah. 3 orang ahli pengakap SK Taman Damai Jaya telah terpilih untuk menyertai perkhemahan ini iaitu
Aidil Bin Rosli (6 Aman)
Haress A/l Sivakumar (6 Aman)
Aqid Syafaat bin Amran (6 Aman)
Sukacita dimaklumkan Aidil Bin Rosli telah terpilih sebagai peserta lelaki terbaikpada perkhemahan tersebut..Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Aqid, Aidil dan Haress bersama Tn Jamal (Pen Peseruhjaya daerah Muar)
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru telah mangadakan Kem Mowgli khas untuk pengakap kanak-kanak pada 13-15 mac 2012 di Sk taman Tun Aminah. Pekhemahan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 230 peserta dari 13 kumpulan pengakap dari sekitar sekolah daerah Johor Bahru.
Kump Pengakap 129JB SK Taman Damai Jaya telah menghantar penyertaan seramai 53 orang iaitu penyertaan teramai.. Tahniah! Tahniah! Tahniah! SKTDJ. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan abntaranya berbasikal, memanjat tali, ikatan, malam kebudayaan dan campfire. Pengakap SKTDJ juga telah nebjadi johon dalam pertandingan malam kebudyaan.
tahniah kepada semua peserta, pemimpin, kelana dan urusetia yang menjayakan kem Mowgli ini. Sekali berpergakap, selamanya Pengakap!
belajar simpulan dan ikatan
Pengakap menunjukkan keberanian memanjat
tak sabar menunggu giliran >
Aidil Rosli ketua petrol bertugas sedang melaporkan kepada tn penceramah makan berdulang Pengakap itu bersaudara!
Kumpulan 129JB SK Taman Damai Jaya bersama abg2 kelana
Pada 8 Mac 2012, Pn Hajah Rehizan Guru Besar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan dan Kuasa Penganjur Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya telah bersara setelah sekian lama menabur bakti sebagai pendidik.
Pasukan pengakap telah memberi komitmen penuh dalam menjayakan Majlis Persaraan ini supaya menjadi kenangan terindah kepada guru besar kelak. Pasukan pengakap telah menyabut kehadiran guru besar dengan laungan YELL Selamat Datang iaitu satu tradisi pengakap ketika menyambut tatamu yang dihormati.
Pasukan pengakap juga telah membuat persembahan nyayian Hey Yamko, Poh Kareana dan 500 mile dihadapan tetamu..lagu2 ini merupakan lagu menghargai perpisahan seorang sahabat yang disayangi.
Selain itu, ahli pengakap dari kelas 6 Aman juga telah bergabung dengan unit uniform lain dari kelas yang sama membuat sketsa dan nyayian lagu bertajuk " Terima kasih guruku"
Selamat Bersara buat Pn Hajah Rehizan dari Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya.
Bermula 2010, Troop 129 Jb atau Scouts Little Jr membuka keahlian kepada murid-murid lelaki dan perempuan tahun 3-6 yang bersemangat dan berminat.Troop ini dipimpin oleh guru-guru SKTDJ yang bersemangat jitu untuk bersama-sama membangunkan pergerakan Pengakap.
Bendahari En Najibul Rahman Pemimpin En Shukri Bin Mohamad En Firdaus Bin Ruzali En Ahmad Hawazan Bin Khoiled En Wakhi Anuar Bin Arif En Hirman Bin Abdullah En Shaifulizan Bin Zainal Abidin En Muhammad Salleh En Rasid Bin Hussain Pn Hartini Bt Sahaman Cik Marcellyn Lydia David
Organisasi PKK 2011
Troop Leader : Muhammad Mubashir Bin Zulhaidi (6 Aman)
Ast Troop Leader: Mohamad Adli Bin Rosli (6 Aman)
Setiausaha: Syahmi Bin Samson (6 Aman)
Bendahari: Muhammad Faiq Iffat Bin Md Razali (6 Aman)
Ahli Jawatankuasa: Vicknesh A/ Ravi (6 Aman)
Mohamad Azrul (6 Makmur)
Izzat Shafiq Bin Mohd Zaki (5 Aman)
Nur Faiezah (5 Aman)
Muhammad Faszru Bin Zailan (4 Aman)
Nur Fateha (4 Aman)
Organisasi PKK SKTDJ 2010
Troop Leader: Mohd Haziq (6 Aman) Ast Troop Leader: Nordiyana Bt Nordin (6 Damai) Setiausaha: Muhammad Nazhan (6 Aman) Pen setiausaha: Anis Nazira(6 Damai) Bendahari: Muhammad Fikri (6 Aman) Pen Bendahari: Aina Baatrisha (6 Damai)
AJK tahun 6 Muhammad Izwan(6 Aman) Hanis Aiman (6 Aman)
Dr. Normila binti Mohd Bohari
-
(ex-mpti Tahun 2000) Biodata Diri Sejarah Pendidikan (1982-1988 )Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Serom 3, Muar Johor
(1989-1994)Meneruskan p...
777 Juegos Casino Maquinas Tragamonedas
-
Spielbank Hohensyburg Frau Krieger. Programma per calcolare Spielbank
Hohensyburg Frau Krieger i numeri della roulette Slotomania for nokia lumia
900 Genti...
Selamat bercuti semua!
-
Selamat bercuti buat semua ahli-ahli Pengakap SKSB. Penuhi cuti anda dengan
aktiviti yang berfaedah dan berguna. Semoga kalian semua akan memperoleh
manfa...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
-
PEN. PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR - UNIT KELANA MENGUCAPKAN SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI-AHLI KELANA YANG BERAGAMA ISLAM.
SEMOGA DI ...
ZAMAN MATRIKULASI
-
Al Sahibul Hikayat...tahun 1999..
Semua gara-gara Facebook yang menjadi kegilaan ramai..1st aku tempek gambar
geng2 zaman matrik di facebook..kami buat pa...
Jembori Pengakap 1Belia 1Malaysia
-
Daerah Pontian Telah menghantar 19 Pengakap terdiri 13 Ahli Pengakap drp 13
buah sekolah Menangah dan 6 pemimpin ke jembori Pengakap 1Belia 1Malaysia
di Ta...
PENYELARASAN BUKU LOG KERIS GANGSA
-
*Tarikh : 13 Mac 2010*
*Tempat : SK. Pekan Telupid*
*Penyertaan : 20 orang*
*Penyelarasan buku log ini dilaksanakan agar ahli pengakap kanak-kanak
dapat...