Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Friday, January 29, 2010

Akela's and Mowgli Camp


Akela and Mowgli Camp
Tarikh: 26-28 Febuari 2010
Tempat: Pusat Pertanian KongKong Laut
Anjuran: www.scoutsjb.net

segala maklumat lanjut akan dikemaskini.....

Thursday, January 28, 2010

Merafak Takziah

Merafak Takziah diatas kemangkatan Baginda Sultan yang dikasihi, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semasa memakai uniform lengkap pengakap,ahli PKK SKTDJ mematuhi perintah bergabung dengan melilitkan kain hitam selebar 2 inci di lengan kiri sebagai tanda penghormatan di atas kemangkatan DYMM Baginda Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang dikasihi selaku penaung Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Al-Fatihah

Friday, January 15, 2010

LENCANA KEAHLIAN


Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapatkan Lencana Keahlian, seseorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya :
1.Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.
2.Prinsip Rukunegara.
3.Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.
4.Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.
5.Laung Agung.

Joget Hogahege

Pagi Yang Gelap..

Setiap bulan, minggu ke 3, setiap unit beruniform SKTDJ akan bergilir membuat persembahan di perhimpunan..tak kesah sumbang atau hancoo..yg penting kerjasama, happy n enjoy!!Tahniah kepada ahli PKK SKTDJ yang telah berani menyahut cabaran dengan mempamerkan persembahan yang boleh dibanggakan..

BRAAAVOO!

Wednesday, January 13, 2010

Motivasi Pagi

13 Januari 2010(Rabu)..15 ahli PKK SKTDJ menyahut cabaran untuk membuat persembahan diatas pentas pada perhimpunan hari Rabu di hadapan rakan-rakan pelajar dan guru-guru. Persembahan yang dibuat ialah tepuk pengakap, hormat bergaya, joget Damai Jaya, Banana song, dan diakhiri dengan tepuk terima kasih dan yell bravoo. Biarpun masa latihan yang agak terhad, ahli PKK SKTDJ yang terlibat berjaya untuk Buat Sehabis Baik!!

formasi naik ke pentas

Paling segak budak Pengakap

joget selagi boleh

gelek jangan tak gelek

wajah wajah ceria tontonan percuma

misi berjaya.. cikgu pun nak tumpang glamour


Apa yang penting? KERJAAASAMA!

Persetiaan Pengakap


Cara Yang Betul Melafazkan Persetiaan Pengakap

Di lafazkan oleh En. Mohd Zaki Nuruddin, Ketua Eksekutif dan Setiausaha Agung Pengakap Negara (pada masa tersebut) semasa sidang KOLOKIUM (10 - 14 Dis. 2007) bertempat di Universiti Putra Malaysia.

Monday, January 11, 2010

Istiadat Laung Agung

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

TUJUAN
Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

CARA PERLAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG

Sunday, January 10, 2010

Court Of Honour 2010

Hasil mesyuarat agung PKK pada 9 Januari 2010
senarai jawatankuasa PKK sesi 2010.

Troop Leader:
Mohd Haziq (6 Aman)
Ast Troop Leader:
Nordiyana Bt Nordin (6 Damai)
Setiausaha:
Muhammad Nazhan (6 Aman)
Pen setiausaha:
Anis Nazira(6 Damai)
Bendahari:
Muhammad Fikri (6 Aman)
Pen Bendahari:
Aina Baatrisha (6 Damai)

AJK
tahun 6
Muhammad Izwan(6 Aman)
Hanis Aiman (6 Aman)

Tahun 5
Mubashir (5 Aman)
muhamad Adli (5 Damai)

Tahun 4
Azril (4 Harmoni)
Nurul Sofiya (4 Aman)

"Anak Serigala mengikut kata Serigala Tua.
Anak Serigala tidak mengikut kara hatinya sendiri"

Perjumpaan kali pertama 2010

Salam Perkenalan unit Pengakap SKTDJ
Tarikh: 9 Disember 2010
Masa: 11-12.00 tgh hari
Kehadiran: 86 pengakap lelaki 27 pengakap perempuan
Aktiviti:
-Perlantikan ahli Jawatankuasa 2010
-Penerangan syarat2 dan undang2 pengakap
-Agihan kumpulan/petrol
-nyanyian dan tepukan
-Latihan untuk persembahan di perhimpunan sekolah

Sesi 2010,GPK kokurikulum Pn Hayati merombak semula pengurusan unit beruniform dimana Tunas Pandu Puteri telah dibubarkan dan digantikan dengan Tunas Kadet Remaja Sekolah.Unit Uniform di SKTDJ ialah PBSM, Puteri Islam, Tunas kadet Remaja dan Pengakap. Pasukan Pengakap SKTDJ juga berasa bertuah kerana buat julung kalinya menerima keahlian daripada murid perempuan yang berminat. Diharap penyertaan pengakap perempuan memeriahkan lagi aktiviti pengakap SKTDJ selepas ini.

Sedikit gambar wajah ceria dan slumber Pengakap SKTDJ..

opek opek opek o..pek..Kami buat sehabis baik..!

Saturday, January 9, 2010

Organisasi Pentadbiran sesi 2010

Organisasi Pentadbiran
Pengakap Kanak Kanak kump 129JB
SK Taman Damai Jaya
Johor Bahru

Kuasa Penganjur
Pn Hjh Rehizan Bt Shamsudin
Guru Besar

Penasihat
Pn Hayati Bt Azhar Othman
GPK Kokurikulum

Ketua Pemimpin
En Mohd Rithauddin Bin Alias

Pen Ketua Pemimpin
Pn Halijah Bt Mohd Yusof

Setiausaha
Cik Zakiah

Bendahari
En Najibul Rahman Bin Mohd Haniffa

Pemimpin
En Shukri Bin Mohamad
En Firdaus Bin Ruzali
En Ahmad Hawazan Bin Khoiled
En Wakhi Anuar Bin Arif
En Hirman Bin Abdullah
En Shaifulizan Bin Zainal Abidin
En Muhammad Salleh Bin Mohd Misra
En Rasid Bin Hussain
Pn Hartini Bt Sahaman
Cik Marcellyn Lydia David

Cabaran Dunia Pengakap

Ni antara persembahan slumber pelajar pengakap SKTDJ ..cabaran membuat persembahan on the spot bagi mengisi slot majlis penutup pekhemahan pengakap yang lepas ..can malican oi oi!!



Ape yang penting?? KERJASAMA!

Cebisan Kenangan XTVT 2009

Perkhemahan Pengakap Tahunan SKTDJ
Tarikh:13-15 Ogos 2009
Penyertaan: 60 ahli tahun 4 dan 5
pemimpin: 7 orang
Antara aktiviti pendedahan kepada peserta:
laung agung, Asas kawad kaki, ikatan dan simpulan, teori bantuan kecemasan, malam kebudayaan, campfire, bbq, aktiviti malam dll

Lagu Pengakap

once a scout,always a scout

Test...Pemulaan Untuk Buat Habis Baik

Pada hari ini, 9 Januari 2010 bermulalah blog Pengakap Kump 129 JB SK Taman Damai Jaya, Johor Bahru (SKTDJ) diaktifkan sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga semua pemimpin dan ahli PKK SKTDJ mendapat manfaat yang sewajarnya dari kewujudan blog ini.