Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Tuesday, April 24, 2012

LAWATAN DAN PELAYARAN SCOUTSJB-SKTDJ


Pada 18 April 2012, Pasukan Pengakap SKTDJ telah mengadakan program Lawatan dan Pelayaran dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan. Aktivti ini telah disertai oleh 50 pengakap bersama 5 guru pemimpin.

Peserta lawatan dan pelayaran telah berpeluang mengetahui tentang cabaran tugas di maritim. Di samping itu, pkk juga telah diberi peluang belayar menaiki kapal SHAULA 1 dari pelabuhan PTP ke Tanjung Piai, Pontian yang mengambil masa 2 jam perjalanan belayar dan melihat kecanggihan kapal MV PEMANCAR.


PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEK REN PERINGAKAT DAERAH JB



Pada 9 April 2012, buat julung kalinya SK Taman Damai Jaya menghantar penyertaan kawad kaki formasi anjuran PPD peringkat daerah Johor Bahru yang diadakan di SK Perling 3.. Pasukan Pengakap telah menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan tersebut dengan menghantar 31 ahli. Terdapat 16 pasukan unit beruniform yang terdiri dari pelbagai unit beruniform menyertai bagi kategori lelaki manakala kategori perempuan adalah 11 pasukan.

Pasukan kawad kaki Pengakap SKTDJ adalah satu-satunya pasukan yang baru menyertai pertandingan ini berbanding pasukan lain yang telah berpengalaman menyertai pertandingan ini. Biarpun penyertaan kali pertama dengan latihan yang singkat dan tanpa persiapan yang rapi pasukan kawad kaki pengakap SKTDJ telah memberi saingan yg hebat dan boleh dipuji.

Tahniah kepada semua peserta pasukan kawad kaki pengakap yang telah menunjukkan kesungguhan dan semangat. Semoga pengalaman dan pendedahan pertama ini memberi perangsang untuk mengecapai kejayaan pada masa akan datang.



PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

Perkhemahan unit beruniform sekolah rendah peringkat negeri Johor anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah diadakan pada 3-6 April 2012 bertempat di Kem Damai Alam, Muar. 

Seramai 143 peserta dari pelbagai unit beruniform seperti KRS, Puteri Islam, Pandu Puteri, PBSM dan Pengakap yang hadir dari setiap daerah. 3 orang ahli pengakap SK Taman Damai Jaya telah terpilih untuk menyertai perkhemahan ini iaitu Aidil Bin Rosli (6 Aman) Haress A/l Sivakumar (6 Aman) Aqid Syafaat bin Amran (6 Aman) 

Sukacita dimaklumkan Aidil Bin Rosli telah terpilih sebagai peserta lelaki terbaikpada perkhemahan tersebut..Tahniah! Tahniah! Tahniah!

 Aqid, Aidil dan Haress bersama Tn Jamal (Pen Peseruhjaya daerah Muar)

Aidil mengiringi VIP untuk pemeriksaan barisan