Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Thursday, November 1, 2012

KOROBORI DAERAH JOHOR BAHRU (19-21 OKTOBER 2012)


Perhimpunan Pengakap Kanak2 Daerah JB (Korobori) telah terlaksana dengan jayanya melibatkan 236 pengakap kanak-kanak dari 21 sekolah daerah JB, Pasir Gudang dan Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Korobori antaranya aktiviti memanah, kemahiran memanjat, malam kebudayaan, kawad kaki, pertolongan cemas, ikatan dan rentas halangan.


Terima kasih diucapkan diatas kerjasama dan sokongan yg diberikan oleh para pemimpin, guru pengiringm jawatankuasa, urusetia, kelana ScoutsJb, Kelana Mahasiswa UTM, team radioamatur, ibubapa dan sukarelawan yg menjayakan korobori ini.


Semoga para peserta Korobori telah mendapat manfaat yg sewajarnya sepanjang KOROBORI dan tidak serik untuk berpengakap lg. 


Sekali Berpengakap Selamanya Pengakap -klik-> link lebih banyak gambar