Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Wednesday, March 21, 2012

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SKTDJ

Pada 8 Mac 2012, Pn Hajah Rehizan Guru Besar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan dan Kuasa Penganjur Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya telah bersara setelah sekian lama menabur bakti sebagai pendidik.

Pasukan pengakap telah memberi komitmen penuh dalam menjayakan Majlis Persaraan ini supaya menjadi kenangan terindah kepada guru besar kelak. Pasukan pengakap telah menyabut kehadiran guru besar dengan laungan YELL Selamat Datang iaitu satu tradisi pengakap ketika menyambut tatamu yang dihormati.


Pasukan pengakap juga telah membuat persembahan nyayian Hey Yamko, Poh Kareana dan 500 mile dihadapan tetamu..lagu2 ini merupakan lagu menghargai perpisahan seorang sahabat yang disayangi.

Selain itu, ahli pengakap dari kelas 6 Aman juga telah bergabung dengan unit uniform lain dari kelas yang sama membuat sketsa dan nyayian lagu bertajuk " Terima kasih guruku"



Selamat Bersara buat Pn Hajah Rehizan dari Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya.

No comments:

Post a Comment