Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Saturday, April 6, 2013

ANUGERAH AKADEMIK PENGAKAP

BATU PAHAT 30 Mac - Seramai 102 ahli pengakap remaja seluruh negeri ini telah membuktikan penglibatan mereka dalam kokurikulum tidak akan menjejaskan proses pembelajaran.

Kejayaan mendapat keputusan akademik yang membanggakan itu membolehkan mereka menerima Pingat Kecemerlangan Pendidikan daripada Persekutuan Pengakap Malaysia negeri.


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Yaacob A. Karim berkata, pingat itu sebagai satu suntikan bagi menggalakkan pengakap remaja bergiat lebih aktif dalam persatuan dan mempraktikkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.

"Melalui suntikan semangat seperti itu juga, kita berharap mereka yang menunjukkan prestasi membanggakan mampu menjadi teladan, ikon dan contoh kepada rakan pelajar yang lain agar dapat turut sama berpersatuan dengan melakukan aktiviti sihat dalam memburu kejayaan untuk masa depan.

"Dewasa ini kokurikulum adalah satu faktor yang mampu membawa seseorang itu ke persada kejayaan yang ulung jika dipergiatkan dengan bijaksana dan mendapat suntikan padu daripada semua pihak," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Pingat Kecemerlangan Pengakap di Kem Pengakap Tanjong Laboh di sini semalam.

Pingat tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Lima penerima pengakap kanak-kanak daerah Johor bahru telah menerima anugerah ini ialah Izzat Syafiq bin abu Zaki, Aidil Bin Rosli, Farish Bin Sham, Haikal Irfan bin Azizan dan Arifuddin bin farez.

© Utusan Melayu (M) Bhd
 



penerima anugerah akademik UPSR dari Johor Bahru  bersama pemimpin kumpulan
bergambar bersama ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM (PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU)


Alhamdulilah, pasukan Kawad Kaki Pengakap yang mewakili SK Taman Damai Jaya telah mendapat tempat ke tiga di pertandingan kawad kaki peringkat daerah Johor Bahru. Sebanyak 17 buah pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan dari pelbagai unit beruniform telah menyertai pertandingan ini yang dijalan kan di Sk Taman Angerik pada 9 Mac 2013. Johan kategori lelaki dimenangi oleh TKRS SK Nusa Perintis dan Johan Kategori Perempuan dimenangi oelh Puteri Islam SK Nusa Perintis.


Monday, January 14, 2013

TOKOH MURID SKTDJ 2012



MOHD AIDIL BIN ROSLI
(ANUGERAH TOKOH KOKORIKULUM 2012)
-wakil sek Bola Sepak
-wakil rumah dan sumbang pingat acara 4x100m,4x200m,100m
-aktif taekwando-tali pinggang hitam
-aktif pengakap sejak darjah 4
pencapaian pengakap 2012
-menyertai pasukan kawad kaki pengakap (daerah)
-sertai Kem Mowgli (daerah)
-peserta terbaek kem integrasi unit uniform (negeri)
-ketua kontingen johor kem integrasi kebangsaan (kebangsaan)
-sertai himpunan pengakap belia Nusajaya (daerah)
-sertai jambori Belia 1 Malaysia(Kebangsaaan)
-peserta terbaik KOROBORI JB (daerah)
-penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri
-Ketua Pengakap 129JB
-Ketua Pengawas SKTDJ
-5A percubaan UPSR 2012


SHAIDATUL HUSNA BINTI RAIS
(ANUGERAH TOKOH KURIKULUM PEREMPUAN 2012)
- cemerlang dan menguasai semua mata pelajaran
- kerap mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan
- penerima Anugerah NILAM 2012
- mendapat 5A dalam setiap ujian dan peperiksaan
- bercita-cita menjadi guru


MOHD FARISH BIN SHAM
(ANUGERAH TOKOH KURIKULUM LELAKI 2012)
- cemerlang dan menguasai semua mata pelajaran
- kerap mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan
- mendapat 5A dalam setiap ujian dan peperiksaan
- bercita-cita menjadi angkawasawan
 


TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Tahniah kepada semua ahli pengakap yang mendapat 5A didalam UPSR 2012. Mohd Aidil Bin Rosli telah terpilih sebagai Tokoh Cemerlang kokorikulum. Mohd Farish Sham menerima Anugerah Cemerlang Kurikulum lelaki dan Shaidatul Husna Binti Rais terpilih menerima Anugerah Cemerlang Kurikulum perempuan 2012. Tahniah! Tahniah! Tahniah!

PKK ScoutsJB-SKTDJ yang mendapat 5A
1 Aidil Rosli (penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
2 Izzat Syafiq (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
3 Haikal Irfan (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
4 Muhd Farish Sham
(Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
5 Aghilan Balasuperminam (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
6 Recher Egoh (keris emas)
7 Hanif mahyuddin (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
8 Fatin Atin

PKK ScoutsJB-SKTDJ yang mendapat 4A
1. Fitree Haiqal (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
2. Piya Fitri II (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
3 Dzul H Fadzhli (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
4 Harees Sivakumar (keris emas)
5 Fatin Shahfika Faisal
6 Amiruddin
7 Alif Haiqal (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
8 Amirul Aiman
9. Iman Haqim (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
10 Nurul Sofiya Zulhaidi
11 Ezzati