Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Monday, May 31, 2010

GAJET PENGAKAP

Ku cari buluh di hutan,
Jadikan perkakasan
Khemah buruk ku hiaskan bagai taman
Siapa pandangkan tertawan

Berkhemah di hutan
Pengakap tak pernah rasa bosan,
Penat lelah itu semua aku tak hairan
Asal dapat kepuasan.

3 pot-rak pinggan

gajet gelas dan cawan

Pintu Gerbang
Dapur


Ampaian baju
Pintu keluar masuk

PERLAKSANAAN KURSUS MK 3(1)

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, pembimbing dan urusetia Kursus MK(1). Kursus telah berjalan dengan amat lancar dengan penyertaan seramai 43 orang Pemimpin Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak bermula daripada 28-30 Mei 2010 di Tapak Perkhemahan Rekreasi UTM. Turut serta dalam kursus ini ialah beberapa ahli Gabungan Pengakap Raja yang telah lama menyepi dari pengakap..Sekali Pengakap terus Berpengakap!! Jumpa lagi di MK (2) ..gambatehhh!!


Thursday, May 27, 2010

Kursus pemimpin untuk MK3.1

Persekutuan Pengakap Daerah Johor Bahru (scoutsJB)dengan kerjasama Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru akan mengadakan siri kursus lanjutan untuk para pemimpin bagi MK3.1 seperti maklumat berikut

Tempat :Taman Rekreasi-Fakulti Pendidikan UTM Skudai Johor
tarikh: 28-30 Mei 2010.
Ketua Kursus PKK :Hj Ibrahim Abdullah/PM En Azahar Noor Rahman
Anggaran Peserta: 112 orang.

Sehubungan dengan itu, dua guru pemimpin dari PKK SKTDJ akan terlibat dengan kursus tersebut ialah:
1 En Mohd Rithauddin Bin Alias
2 Ustaz Mohd Salleh Bin Misra

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 6


Tarikh: 26 Mei 2010
masa:4-6 petang
Kehadiran PKK:32 orang
kehadiran pemimpin: 2 0rang.

Perjumpaan seperti biasa diadakan pada minggu ini dimulakan dengan istiadat laung agung dan persetiaan pengakap. PKK terus menunjukkan semangat untuk menimba ilmu-ilmu pengakap.

Pada kali ini, PKK didedahkan pula dengan pergerakan kawad dinamik seperti hormat kehadapan hormat dan pergerakan kebelakang pusing ketika berjalan.Ketika sesi rehat, PKK telah didedahkan dengan lagu baru yang bertajuk Hey Yamko Ramko.

Perjumpaan kali ini juga bertambah meriah dengan kehadiran unit Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) yang mengikut langkah unit PKK mengadakan perjumpaan pada petang Rabu.

Wednesday, May 26, 2010

YIPPI YE YEE!

" Jika Pengakap itu tidak ada keseronokan,
maka ia akan kehilangan daya tarikan dan kejayaan"

Thursday, May 13, 2010

VIDEO KAWAD KAKI PKK

PKK SKTDJ telah menunjukkan minat untuk menganggotai pasukan kawad dan mempelajari kawad statik, kawad dinamik dan kawad formasi.

Berikut adalah contoh video PKK yang boleh dijadikan rujukan dan diharap dengan menonton klip video ini memberi semangat dan membentuk disiplin yang dikehendaki terhadap PKK SKTDJ didalam berkawad.

Latihan kawad akan diadakan pada setiap Rabu dari jam 4-6.oo petang. Kehadiran PKK adalah dengan berpakaian lengkap Pengakap.

Naib Johan Kategori Putera Sek rendah 2009


Sunday, May 9, 2010

PERLAKSANAAN PERKHEMAHAN PERDANA SKTDJ

PASUKAN PENGAKAP 129JB YANG TERLIBAT DENGAN PERKHEMAHAN BERSAMA PEMIMPIN
EN FIRDAUS, EN RITHAUDDIN, UST SALLEH, EN NAJIBUL DAN PN HALIJAH

LOKASI : PUSAT PALAPES UTM
TARIKH: 7-9 MEI 2010
BILANGAN PESERTA: 120 0RANG

Perkhemahan Perdana Unit Uniform bagi tahun 2010 telah selamat diadakan dengan jayanya dengan kerjasama dari jurulatih PALAPES UTM. Perkhemahan kali ini memberi pendedahan dan peluang kepada peserta untuk menimba pengalaman yang amat berguna.

Antara aktiviti yang dilalui oleh para peserta ialah merentas air, bermain kayak, latihan menembak, merentas halangan, malam kebudayaan dan aktiviti mencari bintang di mana menguji keyakinan peserta meredah hutan pada waktu malam yang gelap gelita.

Keseluruhan peserta menunjukkan minat dan semangat yang membanggakan dalam melaksanakan aktiviti yang mereka tempuhi.

Pasukan pengakap pula telah mengungguli beberapa pertandingan yang diadakan antaranya:
~Johan Persembahan malam kebudayaan (kump pengakap 2)
~Pasukan terbaik (kump pengakap 1)
~peserta lelaki terbaik (Izwan bin Ani-kump pengakap 1)
~Peserta perempuan terbaik (Nordiyana bte Nordin-kum pengakap 3)

Majlis penutup telah disempurnakan oleh guru besar SKTDJ iaitu Puan Hajah Rehizan bte Shamsuddin pada jam 1 tengahari.

kumpulan pengakap 1-kumpulan terbaik
Nordiyana-kumpulan pengakap 3-Peserta perempuan terbaik
Pengakap 2-Persembahan Malam Kebudayaan terbaik

Wednesday, May 5, 2010

PERJUMPAAN SCOUTSJR KALI KE5


Tarikh: 5 Mei 2010 (Rabu)
Lokasi: Dewan Terbuka SK Taman Damai Jaya
Masa: 4-6 ptg
Bilangan peserta: 67 PKK
Bilangan pemimpin: 4 orang
Aktiviti:
~Laung agung
~Nyanyian PKK
~Kawad asas
~latihan persembahan malam kebudayaan perkhemahan

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SKTDJ 2010

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang sebelum ini sepatutnya dijalankan pada 23-25 April 2010 telah ditunda kerana sekolah ganti akan diadakan seperti maklumat berikut~

Tarikh: 7-9 Mei 2010
Tempat: Pusat Palapes UTM
Bilangan Peserta: 120/ 4 unit uniform
Bilangan peserta pengakap: 36 orang

Kem Komandan: En Najibul Rahman bin Haniffa
Pen Kem Komanden: Ust Salleh Bin Amat Misra

Kumpulan pengakap telah dibahagi kepada 3 kumpulan
kumpulan 1
penasihat: En Mohd Rihauddin Alias
ketua Kumpulan: Mohammad Fikri (6 Aman)

kumpulan 2
Penasihat: Pn Halijah
Ketua kumpulan: Yusoff Farhan (6 Damai)

kumpulan 3

Penasihat: Pn Zakiah Mohamad
Ketua kumpulan: Nor Diyana (6 Damai)

"BUAT SEHABIS BAIK"

Saturday, May 1, 2010

PERJUMPAAN SCOUTSJR KALI KE 4


Tarikh : 28hb April 2010 (Rabu)
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Dewan Terbuka, SK Taman Damai Jaya
Kehadiran PKK: 56 orang
Kehadiran Pemimpin : 2 orang

Aktiviti kepengekapan di SKTDJ berjaya dijalankan pada petang Rabu sebagai satu perjumpaan tambahan memandangkan perjumpaan hari Sabtu pada waktu kokurukulum sering dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Kehadiran pada perjumpaan ini amat membanggakan dengan kehadiran dan semangat yang ditunjukkan oleh ahli PKK. Turut mengikuti aktiviti adalah beberapa murid tahun 3.

Aktiviti dimulakan dengan istiadat laung agung dan bacaan ikrar pengakap di ketuai oleh Mohd Izzat Shafiq dari tahun 4 Aman diikuti pemeriksaan pakaian seragam.

PKK kemudiannya dipecahkan kepada 6 sekawan terdiri dari 5 sekawan lelaki dan 1 sekawan PKK perempuan. Suasana perjumpaan di meriah dan diriuhkan lagi dengan dendangan lagu-lagu pengakap. PKK juga didedahkan oleh pemimpin dengan lagu-lagu pengakap yang unik serta melucukan dan permainan baru.

Aktiviti di teruskan lagi dengan latihan asas kawad seperti senang diri, rehatkan diri,kekanan dan ke kiri pusing dan sebagainya.

Sebelum bersurai, ucapan dan ingatan dari pemimpin kepentingan menyediakan buku log pengakap bagi membolehkan ahli PKK memiliki lencana-lencana tertentu serta kedudukan lencana yang betul di pakaian seragam

Aktiviti tamat jam 6 petang.