Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Saturday, May 1, 2010

PERJUMPAAN SCOUTSJR KALI KE 4


Tarikh : 28hb April 2010 (Rabu)
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Dewan Terbuka, SK Taman Damai Jaya
Kehadiran PKK: 56 orang
Kehadiran Pemimpin : 2 orang

Aktiviti kepengekapan di SKTDJ berjaya dijalankan pada petang Rabu sebagai satu perjumpaan tambahan memandangkan perjumpaan hari Sabtu pada waktu kokurukulum sering dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Kehadiran pada perjumpaan ini amat membanggakan dengan kehadiran dan semangat yang ditunjukkan oleh ahli PKK. Turut mengikuti aktiviti adalah beberapa murid tahun 3.

Aktiviti dimulakan dengan istiadat laung agung dan bacaan ikrar pengakap di ketuai oleh Mohd Izzat Shafiq dari tahun 4 Aman diikuti pemeriksaan pakaian seragam.

PKK kemudiannya dipecahkan kepada 6 sekawan terdiri dari 5 sekawan lelaki dan 1 sekawan PKK perempuan. Suasana perjumpaan di meriah dan diriuhkan lagi dengan dendangan lagu-lagu pengakap. PKK juga didedahkan oleh pemimpin dengan lagu-lagu pengakap yang unik serta melucukan dan permainan baru.

Aktiviti di teruskan lagi dengan latihan asas kawad seperti senang diri, rehatkan diri,kekanan dan ke kiri pusing dan sebagainya.

Sebelum bersurai, ucapan dan ingatan dari pemimpin kepentingan menyediakan buku log pengakap bagi membolehkan ahli PKK memiliki lencana-lencana tertentu serta kedudukan lencana yang betul di pakaian seragam

Aktiviti tamat jam 6 petang.

No comments:

Post a Comment