Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Wednesday, May 5, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SKTDJ 2010

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang sebelum ini sepatutnya dijalankan pada 23-25 April 2010 telah ditunda kerana sekolah ganti akan diadakan seperti maklumat berikut~

Tarikh: 7-9 Mei 2010
Tempat: Pusat Palapes UTM
Bilangan Peserta: 120/ 4 unit uniform
Bilangan peserta pengakap: 36 orang

Kem Komandan: En Najibul Rahman bin Haniffa
Pen Kem Komanden: Ust Salleh Bin Amat Misra

Kumpulan pengakap telah dibahagi kepada 3 kumpulan
kumpulan 1
penasihat: En Mohd Rihauddin Alias
ketua Kumpulan: Mohammad Fikri (6 Aman)

kumpulan 2
Penasihat: Pn Halijah
Ketua kumpulan: Yusoff Farhan (6 Damai)

kumpulan 3

Penasihat: Pn Zakiah Mohamad
Ketua kumpulan: Nor Diyana (6 Damai)

"BUAT SEHABIS BAIK"

No comments:

Post a Comment