Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Saturday, April 6, 2013

ANUGERAH AKADEMIK PENGAKAP

BATU PAHAT 30 Mac - Seramai 102 ahli pengakap remaja seluruh negeri ini telah membuktikan penglibatan mereka dalam kokurikulum tidak akan menjejaskan proses pembelajaran.

Kejayaan mendapat keputusan akademik yang membanggakan itu membolehkan mereka menerima Pingat Kecemerlangan Pendidikan daripada Persekutuan Pengakap Malaysia negeri.


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Yaacob A. Karim berkata, pingat itu sebagai satu suntikan bagi menggalakkan pengakap remaja bergiat lebih aktif dalam persatuan dan mempraktikkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.

"Melalui suntikan semangat seperti itu juga, kita berharap mereka yang menunjukkan prestasi membanggakan mampu menjadi teladan, ikon dan contoh kepada rakan pelajar yang lain agar dapat turut sama berpersatuan dengan melakukan aktiviti sihat dalam memburu kejayaan untuk masa depan.

"Dewasa ini kokurikulum adalah satu faktor yang mampu membawa seseorang itu ke persada kejayaan yang ulung jika dipergiatkan dengan bijaksana dan mendapat suntikan padu daripada semua pihak," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Pingat Kecemerlangan Pengakap di Kem Pengakap Tanjong Laboh di sini semalam.

Pingat tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Lima penerima pengakap kanak-kanak daerah Johor bahru telah menerima anugerah ini ialah Izzat Syafiq bin abu Zaki, Aidil Bin Rosli, Farish Bin Sham, Haikal Irfan bin Azizan dan Arifuddin bin farez.

© Utusan Melayu (M) Bhd
 



penerima anugerah akademik UPSR dari Johor Bahru  bersama pemimpin kumpulan
bergambar bersama ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan

No comments:

Post a Comment