Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Tuesday, February 8, 2011

CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2011 SCOUTSJB-SKTDJ


Selain perjuampaan mingguan kokurikulum. Pasukan pengakap SKTDJ telah merangka program tahunan 2011

1- Perkhemahan Rambu dan Keris 2011
Tarikh cadangan: 13, 14 dan 15 Mei 2011
Sasaran Peserta: 150 peserta PKK
Objektif :
-Memberi galakan dan peluang PKK dalam mendapat pengiktirafan tertinggi iaitu rambu biru PKK (Anugerah Pesuruhjaya Negeri)
Laporan perkhemahan Rambu dan Keris 2010

2- Lawatan sambil belajar Pek
Lokasi: Pusat Perairan Maritin, Jeti Stulang
Tarikh cadangan: 9 Julai 2011
Sasaran Peserta: 30 PKK
Objektif:
-Memberi pendedahan kepada PKK berkaitan tugas mencabar di maritin
-Memberi pengalaman kepada PKK suasana di atas kapal.

3. Hari Keusahawanan Pengakap
Tarikh cadangan: 23 Julai 2011
sasaran peserta: PKK tahun 6
Objektif:
-Melatih dan memberi pendedahan kepada PKK berdikari dalam bidang perniagaan kecil
- Mengisi tabung PKK

Perlaksanaan aktivti adalah bergantung kepada kerjasama Pihak pentadbir, pemimpin, ibubapa dan PKK sendiri.

"Buat Sehabis Baik"

1 comment:

  1. nasib baik dh abes praktikum..heeeeee..=P

    ReplyDelete