Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Wednesday, February 24, 2010

Majlis Penghargaan Scouts 129JB

24 Febuari 2010-Setiap bulan minggu ke tiga(Rabu), unit unform SK Taman Damai Jaya akan bergilir membuat persembahan di pentas perhimpunan. Majlis perhimpunan harian Rabu kali ini dimeriahkan dengan persembahan dari unit Puteri Islam. Perhimpunan juga dimeriahkan dengan majlis penyampaian sijil sempena Perkhemahan Asas Pengakap kepada ketua-ketua patrol yang mewakili sekawan masing masing. Sijil disampaikan oleh GPK Kokurikulum Pn Hayati Bte Azhar Othman.
Majlis di perhimpunan ini sebagai menghargai peserta-peserta yang menghadiri perkhemahan dan diharap juga dapat menarik minat pengakap-pengakap lain untuk bergiat aktif dengan aktiviti yang dianjurkan selain menarik minat murid-murid tahun 1, 2 dan 3 untuk menyertai pengakap pada masa depan


TEPUK...TEPUK...TEPUK.. PENGAKAP!!!

Sunday, February 14, 2010

REPORT: Perkhemahan Asas Pengakap 2010

12-13 Febuari- Perkhemahan Asas Pengakap telah berjaya dijalankan dengan penglibatan 81 peserta dan kekuatan seramai 8 orang guru pemimpin yang saling bekerjasama. Tn Hj Tachip GPK 1 dan Pn Hayati Othaman GPK Kokurikulum turut meluangkan masa bersama-sama ahli pengakap SKTDJ di perkhemahan ini.
Pelbagai pendedahan diberikan kepada pengakap antaran istiadat laung agung, ikrar dan undang undang, kebudayaan pengakap, kawad asas dan sebagainya selain usaha mencungkil bakat kepimpinan dikalangan ahli pengakap.
Pn Hayati bte Othman selaku GPK1 telah menyampaikan sijil seterusnya merasmikan majlis penutup Perkhemahan Asas selama dua hari ini. Semoga pengalaman yang dikutip oleh ahli pengakap ini berjaya memupuk minat mereka di dalam pengakap..Sekali Pengakap Terus Bepengakap!

LENCANA KERIS PERAK


KESETIAAN

Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Bendera Malaysia dan Negeri
Lambang Pengakap Malaysia
Nama orang kenamaan
Persetiaan dan undang-undang Pengakap
Nama Penolong Pesuruhjaya kanak-kanak dan Pesuruhjaya Daerah
Sejarah ringkas perkembangan pengakap dan tokoh pengakap daerah
Rukun-rukun sembahyang

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Kebersihan
Kulit melecur
Faedah senaman dan tujuan
Cara pernafasan B-P
Hidung berdarah
Perawatan penyakit-penyakit kulit yang mudah berjangkit
Mencuci dan membalut luka, dan lain-lain
Bahaya penggunaan alat elektrik
Bahayanya menggunakan ubat-ubat tanpa nasihat doktor
Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas

KECEKAPAN

Asas perbarisan
Simpulan : Buku sila, bunga geti dan simpul sentak
Mengetahui memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera
Kemahiran asas permainan pasukan (a) Bola keranjang (b) Sofbal
a) Bola Keranjang
ATAU
b) Sofbal
Mengetahui cara mengekalkan fizikal seperti memanjat tali ATAU mengumpul sejarah keharmonian keluarga
Renang dan peraturan keselamatan air ATAU bertugas dengan berbasikal :
- Mengepos surat
- Ke Balai Polis
- Ke Klinik / Balai Bomba / Balai Penghulu

PENYERTAAN

Mengetahui sifat burung yang hidup di udara dan di darat
Mengetahui keperluan tumbuhan
Makanan bersih dan keselamatan
Bidang perhubungan Sains komputer ATAU Boleh mengucap / menyebut bahasa asing
Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian
Menambah simpanan wang
Menyertai tarian / nasyid

PERKHIDMATAN

Mengumpulkan pakaian lama
Mengetahui cara perhubungan (pilih 3 sahaja)
a) Telefon
b) Akhbar
c) T.V. / Radio
d) Isyarat kepulan asapNama orang kenamaan
e) Pukulan gendang
f) Kentung
g) Tiupan wisel
h) Semaphore
Syarahan / ceramah undangan
Doa keselamatan
Menyimpan akuan perbelanjaan
Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air

LENCANA KEGEMARAN

Setelah lulus Lencana Keris Gangsa, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 dari Lencana Kegemaran di bawah:


Ahli koleksi hobi

Ahli kraftangan


Ahli peladang kecil

Ahli pelukis

Ahli pembaca

Saturday, February 13, 2010

LENCANA GANGSA


KESETIAAN

Negaraku & Lagu Negeri
Bendera Malaysia & Negeri
Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak
Rukunegara
Mengenali orang kenamaan
Persetiaan & undang-undang Pengakap
Hormat, isyarat dan salam pengakap
Nama kuasa penganjur / pemimpin
Sejarah kumpulan pengakap kanak-kanak di sekolahnya
Mengetahui agama-agama di Malaysia
Nilai-nilai beribadat

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Kesihatan & kebersihan badan - gigi, kuku, rambut, kaki, tangan & sistem pernafasan
Bilik mandi & tandas, tempat sampah, kebersihan sumber minuman & keracunan makanan
Memakai kasut / selipar / jagaan
Bahaya menelan pil / gula-gula
Bahaya bermain mata pisau
Mengenali penyakit kulit yang berjangkit
Bahaya bermain bahan letupan
Mendapat bantuan pertolongan
Peraturan lalulintas
Sebab utama kemalangan jalanraya
Peti pertolongan cemas

KECEKAPAN

Asas perbarisan
Mengetahui kemahiran asas untuk permainan permainan pasukan seperti
a) Bola Sepak
b) Bola Jaring
c) Bola Tampar
Memanjat tali
Mengguna dan menjaga pisau kecil
Mengetahui kawasan sendiri
Mengetahui pakaian seragam pengakap
Isyarat-isyarat pengakap
Simpulan mengikat tali kasut Simpul Buku Sila & Simpul bungkusan

PENYERTAAN

Mengetahui cara perkumuhan kepada manusia, tumbuhan & haiwan Aktiviti (Sudahkan 2 sahaja)
a) Menanam pokok bunga di pasu
b) Menyubur pokok
c) membuat batas
d) Membantu / memlihara pokok
Cara-cara memelihara haiwan
Membaca buku memelihara binatang / haiwan
Menjadi ahli perpustakaan
Membuat rekaan
Menyembah drama / lakonan & tarian
Berlakon
Menempatkan koleksi
Membuat buku akau simpanan

PERKHIDMATAN

Membantu ibubapa di rumah
Melawat ke rumah orang tua, kanak-kanak dan lain-lain
Bercerita melalui lisan / lukisan
Memainkan peranan melaksanakan undang-undang sampah di sekolah
Khidmat kemasyarakatan
Buku Log khidmat sukarela

Wednesday, February 10, 2010

Pra Pendaftaran Perkhemahan Asas

Rabu(10 Febuari 2010)-perjumpaan 15 minit di kantin selepas perhimpunan.
Seramai 54 pengakap lelaki dan 22 pengakap perempuan telah mendaftarkan diri untuk sesi perkhemahan Asas Pengakap yang akan diadakan pada 12-13 Febuari 2010.
Guru pemimpin turut pengambil kesempatan memberi taklimat ringkas berkaitan keperluan perkhemahan sebagai persiapan ahli pengakap

"BUAT SEHABIS BAIK"

Tuesday, February 9, 2010

LENCANA WAJIB

Setelah mendapatkan Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-kanak itu wajib mendapat salah SATU dari Lencana Wajib di bawah :

Lencana Ahli Penunggang Basikal

Lencana Ahli Berenang

Kedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap.

Pekhemahan Asas Pengakap SKTDJ

Perkhemahan Asas Pengakap SKTDJ 2010
Tarikh: 12-13 Febuari 2010
Tempat: SK Taman Damai Jaya

Matlamat:
Memperkembangkan bakat kepimpinan dan minat pelajar terhadap dunia pengakap yang penuh cabaran

Objektif:
-Memberi pendedahan dan pengetahuan asas pengakap kepada ahli
-Mencungkil dan melati bakat kepimpinan dikalangan ahli pengakap
-Meningkatkan komitmen, minat dan kerjasama di kalangan ahli
-Memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli pengakap

" KE ARAH PENGAKAP PROGRESIF "

Friday, February 5, 2010

Welcome Pengakap Perempuan

Sesi 2010, PKK SKTDJ membuka keahlian kepada murid perempuan yang berminat untuk menyertai pengakap. Berikut adalah contoh bagaimana cara pemakaian pengakap perempuan.

senarai semak
baju uniform warna kelabu berlengan panjang
tudung biru tua (PKK) kelabu (PEMIMPIN)
Lencana Malaysia
Lencana Keahlian
Lencana Johor dan Johor Bahru
Skaf rasmi kebangsaan
woggle
seluar panjang/kain skirt biru tua
kasut hitam

"PENGAKAP SENTIASA SEGAK, KEMAS DAN ANGGUN"