Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Tuesday, October 12, 2010

PERLAKSANAAN PEK BERCUTI: PERKHEMAHAN RAMBU DAN KERIS 2010


Wajah ceria peserta Kem Rambu dan Keris 2010
Penerima anugerah rambu biru bersama pemimpin
112 peserta PKK

Tahniah diucapkan kepada semua peserta,guru pemimpin, jurulatih, pembimbing dan urusetia pelaksana Program Pek Bercuti-Kem Rambu dan Keris 2010 pada 8-10 Oktober 2010.Perkhemahan telah berjalan dengan amat lancar dengan penyertaan seramai 112 peserta PKK yang dianjurkan oleh Pasukan Pengakap SK Taman Damai Jaya dengan kerjasama ScoutsJB dan mengabungkan 3 buah sekolah iaitu SK Taman Damai Jaya, SK Taman Tun Aminah 1 dan SK Pengkalan Rinting. Turut hadir memeriahkan perkhemahan ini ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru En Ahmad Khairi yg turut sudi menganugerahkan lencana tertinggi iaitu rambu biru kepada 13 peserta yang layak..
Pengakap Wadah Kecermelangan Negara
gambar di http://www.facebook.com/scoutsjb-sktdj



SIJIL PENYERTAAN

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. AWSOME SUNGGUH terbaik aktiviti pengakap SKTDJ, saya suka menonton semua tube dan juga membaca blog ini. teruskan...

    salam pengakap dari saya...
    CIkgu Kerol
    ADC PPM Petaling, Selangor

    ReplyDelete