Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Thursday, April 1, 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTDJ 2010

Sukacita dimaklumkan unit Kokurikulum SKTDJ akan mengadakan perkhemahan Unit Beruniform Sesi 2010 seperti maklumat berikut

Tempat: Hutan Rekreasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Tarikh: 23, 24 dan 25 April 2010
Bayaran: RM30
Anggaran Peserta : 120 peserta (30 x 4 unit uniform)

Sehubungan dengan itu kepada murid yang berminat sila berjumpa dengan guru pemimpin unit masing-masing

Pengakap~ En Mohd Rithauddin Bin Alias
Puteri Islam~ Cik Ummu Aiman Bte Akim
PBSM~ Pn Hayusnida Bte Bakar
Tunas Kadet Remaja~ Utz Hazaraul Effendi Bin Hakkim A Samad

1 comment:

  1. moga perkhemahan yang bakal dilangsungkan akan berjaya dengan cemerlang...dan memberi pengalaman yang indah untuk semua...guru-guru, bersedialah anda untuk berjaga malam..:)

    ReplyDelete