Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Thursday, January 28, 2010

Merafak Takziah

Merafak Takziah diatas kemangkatan Baginda Sultan yang dikasihi, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semasa memakai uniform lengkap pengakap,ahli PKK SKTDJ mematuhi perintah bergabung dengan melilitkan kain hitam selebar 2 inci di lengan kiri sebagai tanda penghormatan di atas kemangkatan DYMM Baginda Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang dikasihi selaku penaung Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment