Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Friday, July 30, 2010

PERSEMBAHAN PENGAKAP SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

Majlis Persaraan En Shariff Bin Abd Aziz, Pem Tadbir Pejabat SK Taman Damai Jaya diraikan pada 29 Julai 2010.

Pelbagai persembahan diselitkan sepanjang acara antaranya tayangan multimedia, dikir putri, nyanyian dari guru praktikum, persembahan koir dan nyanyian duet Tn Hj Tachip GPK1 dan cikgu Lydia. Pasukan pengakap juga telah turut mengambil bahagian dalam menghiburkan majlis melalui persembahan sketsa yang melucukan.Penglibatan pengakap dalam persembahan ini juga sebagai satu ruang bagi mempamerkan bakat yang dimiliki oleh ahli pengakap dan di harap dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain.

Wednesday, July 14, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 10


TARIKH: 14 JULAI 2010
HARI: RABU
MASA: 4-6 PETANG
TEMPAT: DEWAN TERBUKA DAN 6 DAMAI
AKTIVITI: Semakan buku log,tatacara pakaian,skima lencana,nyanyian dan perbincangan untuk membuat T shirt "Scouts Little Jr"

KEHADIRAN:
PKK;
Tahun 6- 2 orang
Tahun 5- 5 orang
Tahun 4- 23 orang
Tahun 3- 3 orang