Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Blog Pengakap kump 129JB SKTDJ ini mula dibangunkan pada 9 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pengakap di SKTDJ. Semoga kewujudan blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua pengakap khasnya pemimpin dan pengakap di SKTDJ

"Sekali Pengakap Terus Berpengakap"






KEMBALI KE MENU UTAMA KLIK http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com

Lagu Semangat Scouts-SKTDJ

Wednesday, June 30, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR TAHUN 4-PRA LENCANA KERIS

TARIKH: 30 JUN 2010(RABU)
MASA: 4-6 PTG
KEHADIRAN ; 2 PEMIMPIN, DAN 26 PKK
AKTIVITI: PEMERIKSAAN BUKU LOG, SEMAKAN PERSETIAAN PENGAKAP, NYANYIAN DAN PERMAINAN

Wednesday, June 23, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 8-edisi basah kuyup


TARIKH: 23 JUN 2010
MASA: 4-6 PTG
CUACA: HUJAN LEBAT
KEHADIRAN: 11 PKK
AKTIVITI:
-Perah kain
-nyanyian
~little green frog
~suragani
~bunga seroja
-permainan
~perahu darat
-kemaskini buku log

Biarpun kehadiran PKK tidak ramai kerana hujan turun dengan lebatnya, perjumpaan diteruskan kerana adanya PKK yang sangat komitmen ,bersemangat dan membanggakan.

Friday, June 4, 2010

WE CAN SAVE PALESTIN

Ya ALLAH,
Selamatkanlah bumi Palestin dan saudara-saudara seagama kami..
Amin

Wednesday, June 2, 2010

PERJUMPAAN SCOUTS JR KALI KE 7

Tarikh: 2 Jun 2010
Tempat: Dewan Terbuka
Kedatangan: 34 PKK

Lirik Tepi Gunung
Tepi gunung air tejun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya Mahani

Sungguh cantik rupa Ani
hidung mancung seludang
betis bagai bunting padi
tak jemu mata memandang

Tidur malam mimpi mimpi
Ani datang ke khemah
tapi sayang Ani pergi
hati ani berubah

Lirik Masa Billi
Masa bille bille
Masa bille kukampa
Kukampa sirena poni
kukampa serina pom pom pom

Edani nina
Eda nina kukampa
Kukampa serina poni
kukampa serina pom pom pom